awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bau: 47 individu alami gejala setakat semalam

Bernama
Bernama
11/09/2024
09:32 MYT
Pencemaran bau: 47 individu alami gejala setakat semalam
Ling berkata kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan kimia yang dijumpai di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika di sini dijangka siap sepenuhnya pada 22 Sept ini. - Facebook Ah Soon
JOHOR BAHRU: Sebanyak 47 individu terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak termasuk murid sekolah mengalami gejala ringan setakat semalam, akibat pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Johor Bahru.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata daripada jumlah itu, sebanyak 10 orang mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta termasuk tiga orang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail.
"Bagaimanapun, dua orang sudah dibenarkan pulang semalam manakala seorang lagi masih dirawat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak 3 Sept, beberapa siri pencemaran bau dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di daerah ini antaranya Kampung Melayu Pandan, Taman Daya, Taman Istimewa, Taman Mount Austin, Kawasan Industri Desa Tropika, Kampung Maju Jaya, Kampung Tawakal dan Kampung Plentong Baru.
Ling berkata kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan kimia yang dijumpai di Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika di sini dijangka siap sepenuhnya pada 22 Sept ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin dalam kenyataan berkata pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) membabitkan tiga sekolah di sini susulan pencemaran bau akan dilanjutkan hari ini.
Semalam, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya dan dua sekolah swasta iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah diarah melaksanakan PdPR susulan pencemaran bau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencemaran bau
#gejala ringan
#sisa bahan kimia
#Hospital
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan