awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran Sungai Gong: 3 laporan polis diterima, 4 pemilik premis ditahan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
05/09/2020
02:25 MYT
Pencemaran Sungai Gong: 3 laporan polis diterima, 4 pemilik premis ditahan
NOOR AZAM: Polis menahan empat lelaki pemilik premis penyelenggaraan jentera berat yang dipercayai bertanggungjawab terhadap pencemaran Sungai Gong. -Gambar fail
Polis telah menahan empat lelaki pemilik premis penyelenggaraan jentera berat yang dipercayai bertanggungjawab terhadap pencemaran Sungai Gong, Rawang.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin, tiga laporan polis diterima berhubung kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian di lokasi berkenaan.
“Keempat-empat suspek ditahan pada lewat malam tadi dan seorang daripada mereka hadir dengan peguam untuk membantu siasatan.
“Premis ini menyimpan jentera-jentera berat dan kadang-kala membaikinya.
"Kemungkinan minyak-minyak inilah yang disalurkan ke dalam sungai, namun ia masih dalam siasatan,” katanya kepada Astro AWANI, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, kesemua suspek ditahan merupakan adik-beradik berumur dari 50 hingga 60 tahun yang mewarisi syarikat itu daripada bapa mereka yang telah meninggal dunia.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan,
Terdahulu, media melaporkan sebuah premis disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lalu.
Premis itu telah disita dan dikompaun serta-merta.
Premis berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.
Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang membabitkan hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas susulan insiden pencemaran bau berkenaan.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Ketua Polis Selangor
#laporan polis
#minyak-minyak
#Noor Azam Jamaludin
#pencemaran bau
#seksyen 430
#Sungai Gong Rawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan