SUNGAI PETANI:Empat pekerja kontrak warganegara Indonesia dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Muda pada 12 Nov lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh iaitu Dedi Hardianto, 32, Bestian, 38, Andika Safutra, 32, dan Ade Pitria, 33, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan kerana mereka tidak memahami pertuduhan itu.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 22 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi memanggil jurubahasa membaca pertuduhan berkenaan dalam bahasa Indonesia untuk memastikan tertuduh memahami dengan jelas pertuduhan ke atas mereka.
Mengikut pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama dengan sengaja menyebabkan pencemaran air Sungai Muda akibat minyak diesel sekali gus mencemarkan muka sauk di tiga loji rawatan air iaitu Jeniang Baru, Jeniang Lama dan Sungai Pau, Gurun.
Keempat-empat tertuduh didakwa berbuat demikian di KM17, Jalan Kalai Gajah Putih di Sik pada 3.55 petang, 12 Nov dan dituduh mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin rakyat tempatan.
BACA: 34,200 premis di Sik, Kuala Muda alami gangguan bekalan air
BACA: Pencemaran Sungai Muda: Penyelia, kontraktor projek, 4 buruh direman
BACA: Gangguan bekalan air di Sik, Kuala Muda dijangka pulih petang ini - Exco
Selain itu, mahkamah memberikan syarat tambahan iaitu pasport dan permit kerja keempat-empat tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sik bagi setiap 23 hari bulan setiap bulan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azrul Abdul Rahman manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 23 2020

Kesan tumpahan diesel kelihatan di tapak projek sebuah syarikat sehingga menyebabkan pencemaran, di tapak yang terletak 100m dari LRA Jeniang Lama di Kampung Berona Kiri, Sik, 14 Nov, 2020. --fotoBERNAMA

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bot karam | Berenang lebih tujuh jam selamatkan diri
Tercampak dari bot. Terapung dan berenang selama tujuh jam dalam badaian ombak besar. Kuatkan diri, cekalkan hati, dia akhirnya selamatkan sampai sehingga ke daratan. Itu pengalaman yang diceritakan Asman Mohamad, salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot tunda karam. Tapi dia sayu, mengenangkan kapten bot terbabit, yang juga ayah kandungnya yang masih tidak dijumpai.

COVID-19 | Peniaga kecil Sibu akur pelaksanaan PKP
Bagi peniaga kecil dan penjaja di Sibu episod lama berulang, periuk nasi mereka sekali lagi terjejas. Namun mereka akur. Kerana yang paling penting ketika ini rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Pencemaran Sungai Muda: Empat warganegara Indonesia didakwa
Mereka dituduh bersama-sama dengan sengaja menyebabkan pencemaran air Sungai Muda akibat minyak diesel sekali gus mencemarkan muka sauk di tiga LRA iaitu Jeniang Baru, Jeniang Lama dan Sungai Pau.