awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penceramah luar Perak perlu dapat tauliah khas - Saarani

Bernama
Bernama
05/05/2025
08:00 MYT
Penceramah luar Perak perlu dapat tauliah khas - Saarani
Saarani Mohamad berkata syarat yang dikenakan itu mengambil kira fahaman, pengalaman serta ketokohan penceramah berkenaan. -Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Penceramah dari luar negeri ini perlu mendapatkan tauliah khas yang diperkenankan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebelum boleh menyampaikan pengajaran Islam.

Ringkasan AI
  • Penceramah luar negeri perlu mendapatkan tauliah khas dari Sultan Perak sebelum menyampaikan pengajaran Islam.
  • Tauliah ini bertujuan memastikan ilmu agama disampaikan secara sahih dan bermanfaat.
  • Tiga kitab terpilih disumbangkan kepada 740 masjid dan surau di Perak untuk digunakan oleh imam-imam.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata syarat yang dikenakan itu mengambil kira fahaman, pengalaman serta ketokohan penceramah berkenaan.
Beliau berkata tauliah khas itu seperti yang diberikan kepada Dr Abdul Somad Batubara atau dikenali Ustaz Abdul Somad bagi membolehkan pendakwah dari Indonesia itu menyampaikan ceramah di Lenggong baru-baru ini.
"Kita tidaklah rigid sangat, jika penceramah itu layak, berkebolehan dan diperkenan Tuanku (Sultan Nazrin), maka tiada sebarang masalah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kitab Bagi Tujuan Bacaan di Masjid, Surau Diri Jumaat (SDJ) dan Surau Ta'addud Jumaat (STJ) Seluruh Negeri Perak di sini hari ini.
Saarani berkata tauliah yang diwujudkan itu secara dasarnya berperanan dalam mengawal dan memastikan ilmu agama disampaikan secara sahih dan bermanfaat.
Menyentuh mengenai program hari ini, Saarani berkata sebanyak tiga kitab terpilih iaitu Qalbun Salim, Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas serta Mutiara Minhajul Abidin disumbangkan kepada 740 masjid, SDJ dan STJ seluruh negeri ini.
Beliau berkata kitab karya Ustaz Muhadir Joll serta Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin dipilih kerana bahasanya mudah difahami, kandungan bersesuaian, selain menyentuh aspek akidah serta tasawuf secara seimbang yang boleh digunakan imam-imam untuk menyampaikan ilmu kepada para jemaah setiap hari.
"Usaha ini dilihat mudah, praktikal dan berkesan untuk dilaksanakan selain dapat menangani kekangan terutama untuk menganjurkan majlis ilmu yang lebih besar serta memerlukan perbelanjaan tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#tauliah
#Sultan Perak
#Penceramah luar negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan