awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki Malaysia diselamatkan selepas alami hipotermia di Gunung Sagara, Indonesia

Bernama
Bernama
25/08/2025
05:50 MYT
Pendaki Malaysia diselamatkan selepas alami hipotermia di Gunung Sagara, Indonesia
Inspektor Hadiansyah yang kebetulan berada di laluan pendakian sama membantu membawa turun remaja berkenaan. - Gambar/ Humas Polres Garut
JAKARTA: Seorang remaja perempuan warganegara Malaysia berusia 16 tahun diselamatkan selepas rebah akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Sagara, wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seorang remaja perempuan Malaysia berusia 16 tahun diselamatkan selepas rebah akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Sagara bersama rakan-rakannya pada Sabtu.
  • Mangsa ditemui pengsan di Pos Empat dan berjaya diselamatkan oleh Inspektor Hadiansyah yang kebetulan berada di lokasi, sebelum dibawa turun untuk rawatan awal dan dihantar ke pusat kesihatan.
  • Polis Garut mengingatkan pendaki agar memastikan tahap kesihatan dan kelengkapan sesuai sebelum melakukan aktiviti pendakian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Menurut polis tempatan, remaja itu pengsan di Pos Empat laluan pendakian berhampiran Kampung Sagara sekitar 1 tengah hari waktu tempatan ketika bersama beberapa rakannya.
Polis Garut menjelaskan, remaja itu berjaya diselamatkan oleh Ketua Unit Jenayah Khas, Inspektor Hadiansyah yang kebetulan berada di laluan pendakian sama.
Walaupun sedang bercuti, beliau telah mengambil masa lebih sejam untuk membawa mangsa turun ke Pos Satu, sebelum seterusnya dibawa ke tapak perkhemahan utama.
"Remaja itu menerima rawatan awal dan kembali sedar sebelum dibawa ke pusat kesihatan untuk rawatan lanjut," menurut kenyataan polis.
Sehubungan itu, Polis Garut mengingatkan orang ramai supaya memastikan tahap kesihatan berada pada paras terbaik serta dilengkapi peralatan sesuai sebelum melakukan aktiviti pendakian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki Malaysia
#Gunung Sagara
#remaja Malaysia
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan