awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki meninggal dunia ketika daki Bukit Galing

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2024
06:37 MYT
Pendaki meninggal dunia ketika daki Bukit Galing
Pasukan bomba membuat pengusung untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami sesak nafas ketika mendaki di Bukit Galing pada Ahad.
KUANTAN: Seorang pekerja syarikat logistik di Gebeng dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Galing di sini, pada Ahad.
Lelaki berusia 32 itu disahkan meninggalkan oleh pegawai perubatan pada jam 7.20 petang selepas tiba di kaki bukit berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan laporan, mangsa bersama tiga yang lain memulakan pendakian jam 9 pagi.
Menurutnya, mangsa mengadu sesak nafas sebaik sahaja tiba di puncak bukit terbabit dan pendaki lain menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
"Anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi pada jam 1.10 tengah hari dan mangsa diberikan bantuan awal oksigen sebelum dibawa turun menggunakan pengusung.
"Ketika dalam perjalanan turun ke kaki bukit, mangsa mengadu mengalami sakit di bahagian dada dan tidak sedarkan diri," katanya pada Isnin.
Beliau memberitahu, usaha menurunkan mangsa mengalami kesukaran kerana laluan yang curam dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk tiba di kaki bukit.
Jelasnya, mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit dan aktif dalam aktiviti hiking.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pendaki maut
#Bukit Galing
#Pahang
#punca kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan