awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki tertua Malaysia tiba di Everest Base Camp, cuba kali ketiga untuk tawan Gunung Everest

Bernama
Bernama
30/04/2018
13:04 MYT
Pendaki tertua Malaysia tiba di Everest Base Camp, cuba kali ketiga untuk tawan Gunung Everest
Terdahulu, percubaan pertama Lee untuk menawan Gunung Everest pada Mei 2016 gagal di peringkat Camp 3 yang terletak 7,200 meter di atas paras laut kerana cuaca buruk ketika itu. Foto: Bernama
Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng yang kini dalam misi kali ketiga untuk menawan Gunung Everest telah tiba di Everest Base Camp (EBC), hari ini.
Pendaki berusia 70 tahun itu menggambarkan keadaan di EBC yang terletak 5,346 meter di atas paras laut sebagai satu keaadan esktrem dimana beliau perlu berhadapan cuaca sejuk dan talian komunikasi yang lemah.
Namun, keadaannya di sana masih baik, katanya kepada Bernama.
Terdahulu, percubaan pertama Lee untuk menawan Gunung Everest pada Mei 2016 gagal di peringkat Camp 3 yang terletak 7,200 meter di atas paras laut kerana cuaca buruk ketika itu.
Manakala percubaan keduanya pada Mei tahun lalu turut gagal kerana Lee menghadapi sakit dada dan kesukaran untuk bernafaspada peringkat Camp 2 yang terletak di atas 5,545 meter di atas paras laut.
Lee yang dalam ekspedisi untuk menawan Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter anjuran Scientex Berhad.
Lee membawa dua mesej penting iaitu untuk memberi inspirasi kepada rakyat di semua peringkat umur bagi memanfaatkan kesihatan yang baik untuk aktif dalam masyarakat, dan untuk menarik perhatian kepada perlunya memelihara alam sekitar.
BACA: Pendaki tertua negara sambung perjalanan ke Everest Base Camp
BACA: Pendaki negara berdepan cabaran, laluan sukar untuk sampai ke puncak Everest
Topic Berkaitan
#EBC
#Everest Base Camp
#Gunung Everest
#James Lee Chong Meng
#Pendaki tertua Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan