James Lee Chong Meng, pendaki tertua Malaysia yang cuba menawan puncak Gunung Everest, tiba di Lobuche hari ini.
Pendaki berusia 79 tahun itu berkata beliau dan pasukannya tiba di Lobuche dari Everest Base Camp (EBC) kira-kira 7 malam tadi (waktu tempatan Nepal).
"Hari ini, kami telah menghadiri acara "puja" (sesi sembahyang) di EBC pada 1 tengah hari sebelum memulakan latihan di Lobuche East esok.
Lobuche ialah penempatan kecil berhampiran Gunung Everest di kawasan Khumbu Nepal dan merupakan satu daripada perhentian semalaman yang terakhir sebelum menginap di "trail to base camp", laluan pendakian yang peserta harus tempuh dalam pendakian ke Everest Base Camp (South) semasa cuba mendaki Everest melalui laluan tenggara standard.
"Perjalanan dijangka mengambil masa lima jam dari Lobuche ke Lobuche High Camp apabila di point I mereka akan berehat,"kata beliau dalam rakaman audio yang dihantar kepada Bernama, rakan media pendaki tertua negara yang menyertai misi untuk menakluk puncak tertinggi di dunia.
Lee berkata mereka menjangka untuk sampai di puncak Lobuche East pada ketinggian 6,119 meter dari aras laut pada malam Selasa. Pendaki itu dan pasukannya tiba di Kathmandu pada 1 April.
Lima pendaki lain ialah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, Chong Nyuk Kooi, 49, Teng Hee Weng, 48, Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin Heng, kedua-duanya berusia 32 tahun.
Mereka akan mengiringi Lee ke Base Camp Gunung Everest sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung dalam ekspedisi yang dianjurkan oleh Kelab Lons Port Dickson Pantai.
Semasa pendakian Lee akan dibantu oleh dua sherpa, Ngaa Tenji dan Pasang Sherpa.
Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian peringkat akhir pendakian apabila tiba di Camp 111 pada ketinggian 7,200 meter akibat cuaca buruk.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah rakan media ekspedisi tersebut. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2017
Pendaki gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, bergambar sebelum memulakan pendakian pada hari pertama Lions Mount Everest Expedition (MEE) di Lukla 5 April lalu.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Che Adam peragakan tenun Pahang diraja di kem induk Everest
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman memperagakan tenun Pahang diraja ketika berada di kem induk Everest (EBC).
Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.
Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KKIA
Jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Benoni Papar sebelum disolatkan di Masjid Jamek As Salam Benoni dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Benoni.
Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KLIA
Jenazah akan dibawa ke Kota Kinabalu dengan penerbangan MH2646 pukul 11.35 pagi dan dijangka tiba pada 2.15 petang.
Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di T.U Teaching Hospital, Kathmandu
Ketibaan jenazah disambut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu Mohd Fadzle Abu Hasan bagi membantu melancarkan proses pengurusan jenazah.
Everest: Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dijangka tiba di Malaysia Jumaat ini.
G57 harap ada majlis penghormatan khas untuk Awang Askandar
Allahyarham Awang Askandar sebagai anak jati Sabah telah membawa nama baik negeri ini bagi misi menawan Gunung Everest sehingga terkorban.
Lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya tawan Everest
Seorang lagi anak Malaysia, RJ Nagarajan, 59, berjaya menawan puncak Gunung Everest pada Isnin.
Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Everest Base Camp - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang meninggal dunia pada Jumaat lalu dijangka dibawa turun dari Camp 4 ke Everest Base Camp hari ini.