KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan bagi kes salah guna kedudukan berhubung Projek Jana Wibawa yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan kes itu sehingga rayuan difailkan bekas perdana menteri itu didengar di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata ini berikutan kes salah guna kedudukan Presiden Bersatu itu bermula di Mahkamah Sesyen dan masih kekal di mahkamah itu selepas ia diperintahkan dikembalikan semula oleh Mahkamah Rayuan pada 28 Feb lepas.
"Rayuan tertinggi bagi kes di Mahkamah Sesyen adalah di Mahkamah Rayuan sahaja mengikut Seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
"Pihak pendakwaan akan membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan prosiding kes ini sehingga rayuan didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan," katanya ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.
Terdahulu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin memaklumkan pihaknya telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 29 Feb lepas untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu.
"Kami memohon untuk menangguhkan dan akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan sementara prosiding kes salah guna kedudukan ini (yang kini sedang didengar di hadapan Azura)," katanya.
Azura kemudian menetapkan tarikh 3 April ini bagi sebutan kes untuk mengetahui perkembangan rayuan berkenaan.
Pada 28 Feb lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan permohonan pendakwa raya selaku perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan berkenaan pada 15 Ogos 2023.
Muhyiddin, 76, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Presiden Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.
Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Muhyiddin, 76, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendakwaan akan bantah permohonan Muhyiddin tangguh kes sementara rayuannya didengar
Pihak pendakwaan bagi kes salah guna kedudukan dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan kes itu sehingga rayuan difailkan.
Pendakwaan bantah permohonan Muhyiddin dapatkan pasport hadiri pembukaan restoran rakan di Bangkok
"Alasan-alasan tersebut adalah tidak munasabah dan tiada keperluan mendesak yang mewajarkan pelepasan pasport sementara kepada pemohon."
Pemandu e-hailing diumpan keluar dari hotel ke ladang kelapa sawit sebelum dibunuh - Pendakwaan
Bedah siasat turut mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah kecederaan parah pada leher disebabkan oleh objek tajam.
Pendakwaan kes 1MDB mohon tiga pertuduhan Najib dipinda
Pihak pendakwaan dalam kes penyelewengan dana RM2.28 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memfailkan pindaan di Mahkamah Tinggi.
Keterangan penganalisis BNM berdasarkan jejak wang 1MDB dalam penyata bank Najib - DPP
Pendakwaan tidak pernah memanggil Adam Ariff Mohd Roslan, 29, yang juga saksi ke-47, untuk memberi keterangan sebagai saksi pakar.
Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan
Yasin memaklumkan, sebelum ini dia dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 56 hari untuk mendapatkan rawatan intensif.
"Undian pendakwaan terhadap Biden mungkin diadakan pertengahan September" - Ahli Kongres AS
Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat mungkin mengadakan undian untuk mendakwa Presiden Joe Biden menjelang pertengahan September.
Kes Zahid: Peguam Negara ada kuasa sepenuhnya - PM Anwar
-Jaksa Agung ada ada wewenang (kuasa) sepenuhnya, dan dia berikan alasan itu. Jadi saya serah kepada wewenang Jaksa Agung..."
Penahanan, pendakwaan terhadap Sanusi tingkatkan sokongan pengundi - Penganalisis
Muhammad Sanusi akan dilihat sebagai mangsa penganiayaan dan pejuang di mata penyokongnya dan membantu Perikatan Nasional dalam kempen PRN kelak.
Kenyataan Muhyiddin: Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan buat laporan polis
Muhammad Kamil berkata laporan berkenaan dibuat selepas mendapati kenyataan Muhyiddin bersifat fitnah yang boleh menimbulkan persepsi negatif.