awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwaan ke atas Daim di Mahkamah Sesyen KL hari ini

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2024
00:00 MYT
Pendakwaan ke atas Daim di Mahkamah Sesyen KL hari ini
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes ke atasnya akan didengar pada 9 pagi di hadapan Hakim Azura Alwi. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini berhubung tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Bekas Menteri Kewangan itu sebelum ini berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil rakaman percakapan beliau pada Jumaat.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes ke atasnya akan didengar pada 9 pagi di hadapan Hakim Azura Alwi.
Daim dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, peguamnya telah diberitahu bahawa beliau akan didakwa pada 29 Januari atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.
Ia merupakan kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan aset.
Menurut Daim, beliau bersedia menghadapi prosiding mahkamah.
Pada Rabu, SPRM mengesahkan telah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara sejak minggu lepas.
Beliau berkata semakan mendapati Daim, yang menjawat jawatan Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991, telah dimasukkan ke hospital lebih awal sebelum pihaknya mendapat kelulusan untuk mendakwa namun mereka tidak dimaklumkan mengenai alasan bekas menteri kanan itu menerima rawatan di hospital.
Sebelum ini isteri Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Januari lepas atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#tidak mengisytiharkan harta
#SPRM
#Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan