Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur malam tadi kerana mengalami pendarahan otak.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub memaklumkan Hanipa menjalani pembedahan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
"Hanipa kini berada dalam ICU dan marilah kita berdoa agar beliau segera sembuh," katanya ringkas kepada Astro AWANI.
Hanipa dikejarkan ke hospital selepas pengsan semasa menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Hanipa dikatakan secara tiba-tiba mengalami pening kepala dan kelihatan tidak bermaya.
Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata Hanipa sebelum itu memberitahu bahawa beliau berasa loya dan lemah.
"Semua orang bangun masa rehat (kecuali beliau).
"Dia hanya terduduk dan tidak boleh bangun, (Ahli Parlimen Klang) Charles Santiago dan saya mendekati dan menyapanya tetapi beliau tidak jawab," katanya.
Hanipa merupakan anggota parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket PAS, namun beliau menyertai Amanah tahun lalu.
Astro Awani
Tue Apr 05 2016
Hanipa (gambar) dikejarkan ke hospital selepas pengsan semasa menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Isnin. -Gambar fail
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
'Sebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?' - Hanipa persoal 'keistimewaan' diterima Najib
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin hari ini persoal keistimewaan diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Suhu Dewan Rakyat sangat sejuk, sukar untuk Ahli Parlimen duduk lama - Hanipa Maidin
Mustahil bagi wakil rakyat terus menahan kesejukan dalam tempoh masa yang lama, dan ia sering berlaku di mana-mana Parlimen di negara lain.
Ketua Polis Negara tidak terkecuali siasatan IPCMC
Semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Polis Negara tidak terkecuali daripada pemakaian atau siasatan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
"Selagi masih waras, sila bersara" - kata Hanipa kepada Abdul Hadi
Abdul Hadi sering mengajar ahli PAS untuk tidak mengamalkan assobiyah, tetapi tidak memegang pada ajarannya sendiri, dakwa Hanipa.
"Kejap macam perempuan, kejap macam lelaki" - reaksi Hanipa Maidin pada Azalina jerat diri
Hanipa Maidin dikecam kerana keluar kenyataan berunsur seksis pada Azalina Othman Said
Perhimpunan ICERD: Silakan berhimpun tetapi jaga keamanan - Hanipa
Peserta perhimpunan aman bagi 'kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD di ibu negara diminta agar menjaga keamanan dan kebersihan.
Tempoh lelongan Equanimity berakhir Ogos ini - Hanipa
Tempoh lelongan kapal layar mewah Equanimity yang berada di Langkawi akan berakhir pada Ogos tahun depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.
Belum ada pihak tampil tuntut hak milik Equanimity - Hanipa
Sehingga kini, tidak ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah 'Equanimity'.
Rogol dalam perkahwinan: Lapor polis, guna peruntukan sedia ada
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin berkata ini kerana hanya satu kes sahaja dilaporkan melibatkan keganasan rumah tangga di bawah peruntukan tersebut.
Hanipa bidas Zahid, dakwaan tidak berasas
Mohamed Hanipa Maidin membidas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berasas yang mendakwa wujudnya campur tangan pihak tertentu berhubung pengguguran kes pemimpin kerajaan.