SHAH ALAM: Terdapat beberapa faktor yang mendorong pendaratan cemas dilakukan juruterbang termasuk di kawasan laut.
Pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan lebih memudaratkan.
Menurutnya, dalam situasi itu, perkara pertama yang dilakukan juruterbang ialah cuba mengatasi masalah yang sedang dihadapi mengikut prosedur yang ada.
“Pada masa yang sama, pembantu juruterbang perlu menghubungi pihak kawalan trafik udara untuk memaklumkan kecemasan yang dialami.
“Ketiganya, mereka akan mencari kawasan lapang untuk lakukan pendaratan. Dalam kes ini, ia jauh daripada bot-bot nelayan dan kapal-kapal dagang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sebuah helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melakukan pendaratan cemas berhampiran Pulau Angsa, Kuala Selangor.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, kejadian tersebut melibatkan helikopter dengan pendaftaran M72-01, berlaku kira-kira jam 9.55 pagi.
Helikopter berkenaan dinaiki empat anggota dan pegawai Maritim Malaysia yang sedang melakukan latihan menyelamat ketika kejadian.
Ditanya tentang banyak kemalangan yang berlaku membabitkan helikopter jenis yang sama, Abdul Rahmat berkata, kerosakan tetap boleh berlaku ke atas mana-mana kenderaan, sama ada kereta mahupun pesawat walaupun penyelenggaraan dilakukan dengan baik.
“Walaupun pesawat agak berusia, namun boleh dioperasikan dengan baik jika penyelenggaraan dan peralatan adalah baik.
“Ini semua terpulang kepada hasil siasatan oleh lembaga siasatan Maritim Malaysia dan pihak pembuat helikopter tersebut untuk kita ketahui langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 06 2024
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat. - Foto Facebook/Kapt Heli Inspirasi
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia ditemui
Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisis data rakaman.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Helikopter bawa enam penumpang terhempas di Norway
Kesemua penumpang yang berada di dalam helikopter tersebut berjaya dibawa ke darat, namun, keadaan mereka belum jelas pada masa ini.
India lulus pemerolehan senjata bernilai AS$26 bilion
Kementerian Pertahanan India meluluskan pemerolehan senjata, termasuk jet pejuang dan helikopter, bernilai 2.23 trilion rupee.
'Joyride' menaiki helikopter tarikan di KUAM'23
Orang ramai berpeluang mengelilingi ruang udara Melaka ke Batu Pahat, Johor dengan menaiki helikopter apabila aktiviti Joyride disenaraikan pada Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM'23).
Dewan Rakyat panas kerana isu helikopter PM, TPM
Takiyuddin mempersoalkan mengapa tiga buah helikopter digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menghadiri program yang tidak begitu besar di Sungai Besar, Selangor.
TDM dijangka terima dua Black Hawk - PTD
Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima dua daripada empat buah helikopter jenis Black Hawk pada hujung tahun ini.