awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penderma darah wira negara - Muhyiddin

Bernama
Bernama
14/06/2020
04:42 MYT
Penderma darah wira negara - Muhyiddin
Penderma darah juga adalah wira negara kerana pengorbanan mereka untuk tampil menderma darah secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa pesakit, kata Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
Penderma darah juga adalah wira negara kerana pengorbanan mereka untuk tampil menderma darah secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa pesakit, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, pengorbanan masa dan tenaga penderma darah yang tampil secara sukarela saban hari juga dapat dilihat semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi melawan COVID-19.
"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menganjurkan kempen derma darah. Menerusi kempen-kempen ini, masyarakat berpeluang untuk menderma darah berdekatan dengan komuniti setempat mereka dan ini lebih memudahkan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam video ucapan sempena Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan bertemakan 'Darah yang Selamat Menyelamatkan Nyawa' dan 'Derma Darah Demi Kesihatan Sejagat', di laman sosial Facebook beliau hari ini.
Fokus tema pada tahun ini menjurus kepada sumbangan setiap penderma darah dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit, dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.
Perdana Menteri berkata, dalam situasi negara yang baru memasuki fasa pemulihan wabak COVID-19, normal kehidupan yang baharu perlu terus dilaksanakan untuk meraikan hari penderma darah pada tahun ini.
"Saya yakin semua platform media sosial akan dimanfaatkan dengan makluman berguna bagi meraikan para penderma darah serta menyemarakkan kesedaran menderma darah," katanya.
Muhyiddin turut meminta masyarakat meneruskan sokongan padu kepada Pusat Darah Negara dan Tabung-tabung darah di seluruh negara.
"Saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia, terutama yang masih belum menderma darah, mulakan langkah pertama anda dalam menjadikan amalan menderma darah secara berkala sebagai budaya gaya hidup sihat," katanya. - BERNAMA
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Topic Berkaitan
#Hari Penderma Darah Sedunia
#Muhyiddin Yassin
#penderma darah
#Perdana Menteri
#wira negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan