Pendidikan holistik harus menjadi keutamaan jika Malaysia mahu mencapai status negara maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dalam Malaysia mengejar cita-cita mencapai tahap persaingan global, kita juga harus bersungguh-sungguh menimbangkan dan melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan pembentukan peribadi positif pelajar kita di semua peringkat masyarakat untuk melahirkan sebuah masyarakat yang lengkap menepati kehendak sebuah ekonomi maju yang mampan," katanya dalam catatan terbaharu Facebook beliau.
Najib merujuk kepada berita bertajuk 'PT3 Spurs Students to Excel in Chosen Fields' (PT3 Dorong Pelajar Cemerlang Dalam Semua Bidang) yang disiarkan sebuah akhbar dalam talian hari ini mengenai peperiksaan pertama di bawah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang bermula Selasa.
Menurut laporan itu, sistem PT3 merupakan langkah positif ke arah membentuk pelajar bertaraf dunia dengan perwatakan contoh kerana pelajar dilatih untuk membina kemahiran diri termasuk kemahiran berkomunikasi yang penting dalam dunia maju hari ini.
"Selamat maju jaya kepada para pelajar kumpulan pertama yang menjalani Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) hari ini! Malaysia sedang menuju ke arah membentuk pelajar serba boleh bertaraf dunia," kata Najib.
Bernama
Tue Jul 01 2014
NAJIB: Pendidikan holistik jadi keutamaan jika mahu capai status negara maju
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.
Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
Najib sebelum ini diminta supaya tidak berada dalam prosiding mahkamah ketika beliau menghadiri perbicaraan kes Rosmah.
1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.
Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's
Moody's Investors Service berpendapat bahawa Belanjawan 2019 adalah baik kerana menunjukkan ketelusan yang lebih ketara.
Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia
Selepas perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) ingin berhubung dengan pihak berkuasa yang kompetan di Malaysia dengan serta-merta
Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyatakan bahawa merosakkan undi bukan penyelesaian yang wajar untuk pengundi yang sedang kecewa dengan sistem sedia ada.
PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik
Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.
Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.
Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.