DATUK Seri Najib Tun Razak berkata kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma dengan kerajaan membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.
Perdana menteri berkata menerusi Bajet 2018, kerajaan telah memperuntukkan dana besar bagi Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM45.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
"Ini termasuk bagi menyediakan bantuan persekolahan kepada lebih 5.2 juta pelajar di seluruh negara," katanya dalam catatan di laman blog rasmi beliau, pada Selasa.
Najib berkata secara purata, perbelanjaan pendidikan Malaysia adalah dua kali ganda berbanding perbelanjaan negara ASEAN yang mengukuhkan kenyataan betapa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah dan akan sentiasa menitikberatkan bidang pendidikan untuk rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan beliau terhadap guru di seluruh negara bersempena permulaan sesi persekolahan tahun 2018 pada Isnin di empat negeri iaitu Johor, Terengganu, Kedah dan Kelantan dan Selasa di negeri-negeri lain.
"Saya lihat begitu ramai yang melakukan lebih daripada tugasan (hakiki) mereka atau 'going the extra mile', bagi menjadikan pengalaman hari pertama di sekolah sebagai pengalaman yang tak dapat anak-anak kita lupakan.
"Ada yang mengenakan pakaian adiwira, ada yang mengecat dan menghias semula kelas, dan bermacam-macam lagi. Syabas kepada guru-guru yang cukup berdedikasi dalam mendidik anak-anak kita," katanya.
Menurut Najib, BN sentiasa menekankan kepentingan pendidikan sejak dahulu lagi dengan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan anak-anak, tidak kira apa latar belakang keluarga mereka mampu mempunyai akses kepada pendidikan.
"Kalau dahulu, ibu bapa dibebankan dengan yuran wajib bayar, daripada yuran khas hinggalah bayaran tambahan persekolahan. Kesemua yuran ini telah dimansuhkan. Yang tinggal kini cuma sumbangan mengikut keperluan kepada sekolah.
"Kalau dahulu juga, pinjaman buku teks hanya diberikan mengikut taraf pendapatan ibu bapa, kini ia diberikan kepada semua pelajar," kata perdana menteri.
Najib berkata kerajaan juga terus menyediakan dana bagi menambah baik dan menyelenggara sekolah-sekolah agar anak-anak dapat belajar dalam suasana kondusif dan ceria.
"Dalam Bajet 2018, sebanyak RM550 juta disediakan bagi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan bagi tujuan tersebut.
"Malah lebih daripada itu, dalam Bajet 2018 juga saya turut mengumumkan peruntukan terbesar bernilai RM2.5 bilion bagi membaiki dan membina semula sekolah-sekolah daif di seluruh negara menggunakan kaedah IBS atau Industrial Building System (Sistem Binaan Berindustri)," kata Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2018
PM NAJIB berkata, kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma. - Gambar fail Bernama
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT
Dengan kerajaan baru mengemudi negara, penekanan dan masa perlu diberikan untuk melaksanakan inisiatif bagi pertumbuhan industri serta menawarkan pelbagai faedah untuk sektor industri lain.
Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak
Cadangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai perlu dikaji semula sebelum memutuskan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa
Berikut tiga perkara yang diinginkan mahasiswa untuk penambahbaikan kad siswa, terutamanya jika kerajaan berhasrat untuk membuka permohonan kepada pelajar baharu.
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.
Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma dengan kerajaan membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.
TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman
Kerajaan mahu perkasa pembangunan modal insan Malaysia setaraf Jerman melalui TVET
Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama
Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM113.5 bilion melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 9 bulan pertama 2017.