awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk daerah Manjung dan Perak Tengah terputus bekalan air sejak semalam

Bernama
Bernama
01/04/2023
10:06 MYT
Penduduk daerah Manjung dan Perak Tengah terputus bekalan air sejak semalam
Kawasan yang terjejas di daerah Manjung ialah Ayer Tawar, Sitiawan, Seri Manjung, Lekir ke Kayan, Pangkor dan Lumut. -Gambar hiasan
IPOH: Sebanyak 79,360 akaun pengguna di daerah Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak tengah hari semalam akibat paip air mentah bocor di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota, kira-kira 55 kilomter (km), dari sini.
Menurut kenyataan Lembaga Air Perak (LAP), hari ini, kawasan yang terjejas di daerah Manjung ialah Ayer Tawar, Sitiawan, Seri Manjung, Lekir ke Kayan, Pangkor dan Lumut.
Daerah Perak Tengah pula melibatkan seluruh kawasan Seberang Perak, Changkat Lada, Kampung Gajah, Bukit Chawi, Simpang Ranggam dan Hujung Rintis.
"Ia berpunca daripada pergerakan tanah di muka sauk sehingga mengalihkan kedudukan paip air mentah bersaiz 1,200 milimiter (mm) diameter di dalam tanah menyebabkan paip tersebut putus dan air mentah tidak dapat disalurkan ke loji rawatan air," menurut LAP.
Kenyataan itu memaklumkan kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan LRA beroperasi pada kadar 30 peratus dan dijangka siap pada Isnin ini serta bekalan air dijangka pulih secara berperingkat.
"LAP telah menggerakkan lori tangki air ke kawasan terlibat bagi mengagihkan bantuan bekalan air kecemasan kepada para pengguna," menurut kenyataan itu.
LAP, katanya, akan mengemaskini maklumat pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan gangguan kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi lembaga itu.
Para pengguna turut dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah dalam tempoh ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#manjung
#gangguan bekalan air tidak berjadual
#Perak Tengah
#paip air mentah bocor
#LRA Teluk Kepayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan