TASEK GELUGOR: Penduduk Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor, Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan pencemaran sisa kilang antara punca kematian ribuan ikan di Sungai Kulim pada Jumaat lalu.
Menurut penduduk, tiada kegiatan penerokaan tanah dalam skala besar atau hakisan yang dikesan sepanjang sungai tersebut untuk dikaitkan dengan punca kematian pelbagai spesies ikan.
Penduduk, Haslan Mat Haris, 62, memberitahu fenomena ikan 'mabuk' di Sungai Kulim biasa berlaku selepas hujan lebat di Kulim dan air biasanya bertukar menjadi keruh.
Haslan mendakwa kemungkinan air hujan bercampur dengan sisa kilang di Kulim, Kedah memasuki sungai menyebabkan ikan mati, namun tiada pengesahan setakat ini.
"Kejadian 'ikan mabuk' ini apabila berlaku hujan di kawasan Sungai Ular atau Sungai Karangan, airnya akan bercampur. Bila bercampur lagi dengan air hujan, warna dia jadi lain.
"Orang boleh tahu ikan tu mabuk kerana ia main kat atas (dekat dengan permukaan), ia tak main kat bawah.
Bukan kata ikan saja, udang galah pun ada, macam-macam ada," kata Haslan.
Sungai Kulim kaya dengan spesies ikan talapia, keli, lampam, baung, ketutu serta udang galah yang menjadi sumber pendapatan sebahagian penduduk dari Kampung Tun Sardon hingga Guar Perahu, Bukit Mertajam.
Penduduk lain, Jordzi Jusoh, 50, pula memberitahu kejadian ikan mabuk biasa berlaku selepas hujan lebat di kawasan Kulim pada penghujung musim kemarau.
Menurutnya, selepas hujan, paras air sungai biasanya meningkat sedikit selain berubah menjadi keruh.
"Mungkin juga (pencemaran) sebab air pun jadi kotor dan keruh. Lepas tu (adakalanya) kelihatan berminyak dan berbau, maka ikan akan 'mabuk'. Kalau keruh biasa ni ikan tak mabuk. Kadang-kadang tahun lepas setahun dua kali (kejadian ikan mabuk)," kata Jordzi.
Katanya lagi, penduduk turut memaklumkan kepada pihak berkuasa selepas berlaku kejadian ikan mati Jumaat lalu.
Sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dalam satu kenyataan melaporkan penurunan kadar oksigen terlarut di Sungai Kulim dipercayai punca kematian ikan.
Penurunan kadar oksigen secara mendadak boleh berlaku apabila wujudnya pepejal terampai yang biasa dikesan selepas hujan lebat di hulu sungai berkenaan.
BACA: Ikan di Sungai Kulim mati disebabkan kandungan oksigen terlarut kurang - JAS Pulau Pinang
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Mar 10 2021
Ada penduduk mendakwa, kemungkinan air hujan bercampur dengan sisa kilang di Kulim, Kedah memasuki sungai menyebabkan ikan mati, namun tiada pengesahan setakat ini. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ikan mati di Sungai Kulim: Kawal aktiviti pembukaan tanah dan hakisan
Pihak berwajib perlu mengawal aktiviti pembukaan tanah dan hakisan susulan kejadian kematian ikan di Sungai Kulim.
Ikan di Sungai Kulim mati disebabkan kandungan oksigen terlarut kurang - JAS Pulau Pinang
Punca kematian ikan di Sungai Kulim akibat andungan oksigen terlarut yang turun secara mendadak.
Mayat pelajar lemas ditemui terapung
Mayat M Hoemaraj, 16 tahun, ditemui orang awam terapung dan dihanyutkan lebih 10 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh.