awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk dalam kawasan PKPD boleh keluar untuk vaksin

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2021
12:14 MYT
Penduduk dalam kawasan PKPD boleh keluar untuk vaksin
Ismail Sabri juga memberitahu Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memutuskan untuk membenarkan pejabat KWSP di kawasan yang dilaksanakan PKPD beroperasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Selain itu, jelasnya kebenaran juga diberikan kepada mereka yang ingin pulang ke kampung untuk membawa ahli keluarga bagi mendapatkan suntikan vaksin sama ada di luar daerah atau negeri.
"Mereka hanya perlu menunjukkan temujanji MySejahtera dan mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
"Bagi tujuan pergerakan mendapatkan vaksin, maksimum tiga orang dibenarkan termasuk pemandu," katanya dalam kenyataan harian PKP pada Isnin.
Sementara itu, beliau juga memberitahu Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memutuskan untuk membenarkan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di kawasan yang dilaksanakan PKPD beroperasi.
Jelas beliau waktu operasi yang dibenarkan bermula 9.00 pagi sehingga 1.00 petang dengan kapasiti 60 peratus kehadiran pekerja bagi menguruskan penyaluran skim-skim bantuan kerajaan.
Walau bagaimanapun, bagi pejabat KWSP yang kecil seperti dikawasan luar bandar, jumlah pekerja dibenarkan dengan kapasiti maksimum.
Topic Berkaitan
#program vaksinasi
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PKPD
#dibenarkan
#KWSP
#ismail sabri yaakob
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan