Sekumpulan penduduk tempatan dilaporkan telah menggali kepak ayam yang dipercayai telah dibuang oleh pihak kastam Sibu di sini.
Kejadian yang berlaku di Jalan Engkalat di sini menyaksikan penduduk kampung tersebut sanggup menggali semula tanah berkenaan untuk mendapatkan kembali kepak ayam yang didakwa masih segar sebelum dibasuh sama ada untuk dimakan atau dijual.
Menurut sumber, pihak Kastam Sibu telah merampas sejumlah tiga tan kepak ayam dari sebuah lori kontena sejak Jumaat lalu kerana gagal mempamerkan permit import yang sah. Pihak kastam juga mendakwa kontena tersebut datang dari negara yang disyaki mempunyai wabak H1N1.
BACA: Pihak berkuasa siasat orang ramai gali kepak ayam dibuang
Sementara itu di laman Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.
Orang ramai diingatkan tidak berbuat demikian kerana bimbang makanan yang telah dirampas dan dibuang ini tercemar dan boleh mengakibatkan keracunan jika dimakan.
Semantara itu, pihak berkuasa tempatan telah digerakkan untuk menyiasat kejadian sebilangan penduduk yang dilapor menggali kepak ayam yang dibuang di Bukit Aup hari ini.
Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata pihak berkuasa akan mengambil langkah untuk menghalang orang ramai daripada mendapatkan kepak ayam berkenaan yang dibuang pihak penguat kuasa Jumaat lalu.
Astro Awani
Tue Apr 04 2017
Laporan tersebut beserta gambar pembuangan dan video orang ramai sedang menggali menjadi tular menerusi media sosial. - Gambar FB Kamek Miak Sarawak
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Hina institusi diraja: Dua pengendali Facebook dan TikTok ditahan
Dua individu tersebut masing-masing ditahan pada Khamis dan Jumaat di Gombak, Selangor dan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Najib dakwa akaun Facebooknya 'dikacau'
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, akaun Facebook miliknya telah 'dikacau' sejak pagi tadi.
Terdesak sangat ke? Rizal Mansor tegur artis populariti merudum
Kelantangan sesetengah artis menemplak mendapat teguran Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.
Video Mr. Bean hiburkan pelajar di Miri tular
Murid Sekolah Kebangsaan Sri Mawar di Miri, Sarawak dikejutkan dengan kehadiran pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.
Penduduk gali kepak ayam dibuang
Sekumpulan penduduk tempatan dilaporkan telah menggali semula kawasan tempat kepak ayam yang dipercayai telah dibuang oleh pihak kastam Sibu.
Pemuda popular di FB menunggang motosikal dalam banjir
Mohd Faizul Lokman, 30, setakat ini mempunyai lebih lima juta pengikut Facebook (FB) dari seluruh dunia, sejurus selepas memuat naik video beliau menunggang motosikal tanpa henti dalam banjir.
Jangan percaya FB Datin Maimunah boleh tolong dapat kerja - JPM
JPM ingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan laman sosial Facebook menggunakan nama samaran Datin Maimunah yang mendakwa boleh membantu mendapatkan kerja dalam kerajaan.