awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk kampung jumpa peluru, bom lama di belakang rumah

Bernama
Bernama
04/06/2022
21:40 MYT
Penduduk kampung jumpa peluru, bom lama di belakang rumah
Kerja pemusnahan telah dilakukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Taiping pada jam 10.20 pagi tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.
IPOH: Seorang lelaki terkejut apabila menemukan sejumlah peluru dan sebutir bom tangan lama ketika menggali tanah di belakang rumahnya di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu, kira-kira 173 kilometer dari sini, petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu DSP Zulkepli Ibrahim berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berusia 50 tahun terbabit sedang melakukan kerja-kerja untuk membesarkan kandang lembu.
"Polis menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 6 petang dan hasil siasatan mendapati bom berkenaan merupakan bom tangan lama dengan ukur lilit 20 sentimeter (sm) dan panjang 12 sentimeter.
"Sejumlah peluru jenis 7.62mm General Purpose Machine Gun (GPMP) yang ditemui pula sudah berkarat," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Susulan itu, beliau berkata kerja pemusnahan telah dilakukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Taiping pada jam 10.20 pagi tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku dalam proses tersebut.
Katanya peluru tersebut pula akan dilupuskan oleh pihak Unit Persenjataan (AMRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Justeru, beliau menyeru orang ramai yang menjumpai sebarang objek seperti bom atau bahan letupan supaya tidak menyentuh atau mengalihkannya, tetapi terus melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peluru
#Kampung Selarong
#jumpa bom lama
#Zulkepli Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan