Penduduk di Parlimen Rembau menzahirkan rasa gembira atas pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan berharap beliau dapat menumpukan usaha dalam menarik minat golongan muda kepada bidang berkenaan.
Menyifatkan bekas Ketua Pemuda UMNO itu sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan memiliki wawasan, Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, Nurannes Nadia Roslan, 22, berkata beliau turut berharap lebih banyak peluang pekerjaan dapat dicipta dalam bidang berkenaan.
"Selain itu, saya juga berharap supaya pelajar sekolah diberikan pendedahan awal dengan lebih mendalam mengenai bidang sains dan teknologi sekali gus dapat menguasai penggunaan teknologi dan inovasi pada masa hadapan," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.
Pelajar Institut Latihan Perindustrian Pedas, Nyam Wan Long, 22, berkata dengan pengalaman luas serta aura yang dimiliki ahli Parlimen Rembau itu diyakini akan dapat meningkatkan lagi minat rakyat di negara ini untuk mendalami ilmu sains, teknologi dan inovasi serta melahirkan mereka yang berfikiran kreatif dan inovatif pada masa hadapan.
"Khairy Jamaluddin sebelum ini banyak memberi sumbangan semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dan beliau juga berjaya mengendalikan banyak isu-isu sukan dengan baik.
"Menerusi ketokohan dan pengalaman beliau itu, saya mengharapkan beliau dapat memberi kejayaan menerusi perancangan baharu semasa menerajui kementerian berkenaan," katanya.
Pada Selasa, kesemua 31 menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, Putrajaya.
Ia susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 10 2020
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Khairy pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya, 10 Mac, 2020. --fotoBERNAMA
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Selesaikan masalah parti secara dalaman - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata segala masalah dalam parti berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diselesaikan secara dalaman.