JOHOR BAHRU: Dua wanita sesak nafas manakala segelintir besar penduduk di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, dekat sini, keluar dari kediaman mereka susulan terhidu bau kuat seperti bahan kimia, malam tadi.
Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Ketua Unit Hazmat Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia Negeri Johor Saiful Bahri Safar berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.22 malam dan pasukan pertama tiba di kampung berkenaan 15 minit kemudian.
“Dua mangsa yang berusia 20an dan 40an telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail kerana sesak nafas oleh unit EMRS.
“Anggota hazmat pula telah membuat ‘detection’, ‘isolation’ dan ‘damping’ di sungai dan didapati terdapat tumpahan cecair pepejal yang berada di kawasan anak sungai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, tengah malam tadi.
Hasil ujian peringkat awal, pihaknya mengesyaki tumpahan itu adalah methyl alcohol, sejenis bahan buangan berjadual, dengan kepekatan 120 ppm (bahagian per juta).
“Jadi tindakan daripada kita, lima buah rumah kita minta kosongkan...yang berada jarak 150 meter (dari sungai) dan mereka semua dipindahkan ke balai raya.
“Buat masa ini, kita cuba mengawal kawasan ini dan terus mengesan dengan cara menyusuri anak sungai untuk mencari punca tumpahan ini bermula,” kata beliau.
Seramai 24 anggota dan pegawai dengan lima jentera daripada Balai Bomba Kempas, Balai Bomba Larkin dan Balai Bomba Johor Jaya, dikejarkan ke lokasi kejadian.
Setakat 2.30 pagi tadi, usaha pengesanan tumpahan masih diteruskan dan pihaknya juga turut memohon bantuan pihak Jabatan Alam Sekitar dan Unit Hazmat Melaka.
Tinjauan Bernama juga mendapati bau seolah-olah petrol masih dapat dihidu sejauh kira-kira 300 meter dari anak sungai berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Gambar fail menunjukkan anggota hazmat mengambil sampel bahan kimia di kawasan tercemar di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh pada Jun 2019. -Gambar fail/Bernama
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Jenazah Zahalita berjaya dibawa keluar dari Gunung Reskit
Mangsa yang meninggal dunia akibat sesak nafas selamat tiba di padang SMK Clifford, Lipis kira-kira jam 9 pagi, pada Khamis.
Rumah terbakar: Tiga warga emas melecur, seorang sesak nafas
Kejadian diaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia 70-an.
Umarul IKLIM dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas
Dia tiba-tiba sukar untuk bernafas petang semalam sebelum mengubungi anak saudaranya bagi meminta bantuan.
Jenazah Hamdan Senario selamat dikebumikan
Jenazah pelawak kumpulan Senario, Allahyarham Hamdan Ramli, 54, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun dekat sini, malam Jumaat.
Rumah terbakar, tiga sekeluarga sesak nafas
Kebakaran terbabit melibatkan sebuah rumah flat kelas A dengan anggaran keluasan 9.1 x 7.6 meter persegi.
'Masa itu nampak putih saja' - Nora Ariffin cerita detik bertarung nyawa di ICU
Kata Nora, dia lebih menghargai kehidupan dan bertindak lebih tepat sekiranya berlaku kecemasan seumpama itu.
Deretan empat rumah hangus dalam kebakaran
Keempat-empat buah rumah kelas A itu mengalami kemusnahan lebih 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Qaseh Aulia disahkan meninggal dunia kerana sesak nafas - Ibu
Punca kematian itu dinyatakan dalam laporan hasil bedah siasat yang diperoleh daripada pakar perubatan forensik PPUM pada Jumaat.
Penyanyi Nora dirawat di ICU akibat sesak nafas
Difahamkan Nora dimasukkan ke ICU berkenaan pada Ahad lalu.