Penduduk Pangsapuri Taman Seri Jati di Taman Balakong Jaya 2, Serdang menggesa pihak berkuasa menyelesaikan masalah pembuangan sisa bahan kimia yang berlarutan sejak Februari tahun lalu.
Mereka mendakwa pembuangan sisa kimia yang mengeluarkan bau busuk itu turut menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berkenaan.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kolam takungan bertukar menjadi warna putih dan mengeluarkan bau busuk dipercayai bahan buangan sisa kimia dari kilang berdekatan.
Menurut penghuni Taman Seri Jati, Mohd Ali Khari Abdul Ghafar, beliau sudah membuat aduan rasmi berhubung masalah itu kepada Jabatan Alam Sekitar cawangan Kajang pada Februari 2015.
Tambahnya lagi pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan sampel yang diambil daripada kolam takungan berdekatan pangsapuri mereka mengandungi bahan kimia.
"Kami juga ingin tahu daripada pihak JAS untuk jangka masa pendek dan panjang mengenai kesan dan risiko terhadap sisa kimia ini kepada penduduk di kawasan ini.
"Namun pihak JAS tidak pernah menghubungi pihak kami untuk menjelaskan perkara dan masalah ini. Kesan sekarang kami hadapi akibat masalah ini ialah segelinitir daripada kami mengalami tekak kering dan rasa gatal," katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.
Menurut Mohd Ali, aktiviti pembuangan sisa kimia itu masih berlaku dan pihak berkuasa masih belum mengambil sebarang tindakan walaupun beberapa aduan sudah dibuat.
Sementara itu, seorang lagi penghuni Taman Seri Jati, Abdul Manaf Mahamod berkata, beliau khuathir kolam takungan yang terletak berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak akan mendatangkan mudarat dari segi kesihatan.
"Benda ini dah banyak kali berlaku, jadi saya harap tolong ambil tindakan segera, itu harapan kami di sini.
"Jadi saya rasa memang tidak adil pihak kilang iaitu pemilik cuba mengambil keuntungan dan penduduk di sekitar ini terpaksa menanggung risiko kesihatan dan ini memang tidak adil bagi kami," katanya.
Beliau menyeru agensi yang berkaitan termasuk JAS dan Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan kepada pengusaha kilang sekiranya melanggar peraturan.
Dalam isu berkaitan, kejadian pembuangan sisa kimia ke kolam takungan berhampiran kawasan pangsapuri Taman Seri Jati didakwa berpunca daripada kesilapan pekerja kilang.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Jaya, Ng Tien Chee, pihak pengurusan kilang yang terbabit memberi jaminan akan membuat penjelasan serta memohon maaf kepada penduduk pada minggu hadapan.
Beliau memaklumkan bahawa pihak pengurusan kilang terbabit telah menghubunginya pada sabtu untuk menjelaskan perkara terbabit.
"Kilang beliau ada memasang peralatan yang telah disyorkan oleh Jabatan Alam Sekitar sedangkan kali ini adalah kesilapan pekerjanya maka dia pun memohon maaf.
"Bagi saya, pengusaha kilang ini adalah seorang yang bertanggungjawab kerana dia sendiri pergi membuat laporan kepada JAS dan dia mengambil insiatif untuk menghubungi saya untuk menjemput mereka ke kilang dia untuk dapatkan penjelasan," katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Sabtu.
Mengulas kekerapan berlakunya aktiviti pembuangan sisa kimia di kawasan itu, Ng Tien menjelaskan beliau akan mendengar penjelasan pengusaha kilang itu sebelum mengambil sebarang tindakan.
Pada masa sama, beliau meminta penghuni pangsapuri yang terjejas susulan insiden itu untuk bersabar dan memberi jaminan akan membantu mengambil tindakan sewajarnya jika pengusaha kilang terbabit didapati gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Anthea Yap
Sat Oct 01 2016
Kolam takungan berdekatan bertukar menjadi warna putih dan mengeluarkan bau busuk dipercayai bahan buangan sisa kimia dari kilang berdekatan. -Foto penduduk Pangsapuri Taman Seri Jati
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.
Bau busuk ratusan ribu bangkai ikan ganggu penduduk Greece
Sebuah jengkaut dikerahkan ke tebing sungai untuk membersihkan kesemua bangkai ikan tersebut.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Disangka bau bangkai tikus, rupanya mayat
Misteri bau busuk yang menyelubungi penduduk di Taman Permint Perdana, Seberang Takir akhirnya terjawab selepas penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring.
Penduduk trauma hidu bau busuk pencemaran kimia
Penduduk Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini masih trauma dengan bau kuat dipercayai pencemaran bahan kimia sejak dua hari lalu.
Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Lima tahun hidu bau busuk air kumbahan
Ia berlaku disebabkan sistem kumbahan di taman perumahan berhampiran yang tidak diselenggarakan dengan sistematik selain loji kumbahan yang didapati tidak berfungsi.
Misteri bau busuk bongkar kematian warga emas
Identiti mayat lelaki berusia 67 tahun itu dikenal pasti sebagai Md Nor Dahalan.
15 tahun hidu bau busuk, penduduk 'terpenjara' di rumah sendiri
Penduduk di kawasan terjejas berang dengan kelewatan pihak berwajib bertindak walaupun selepas diajukan aduan berkali-kali.
Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera
Wakil rakyat silih berganti namun masalah sama masih menghantui, membuatkan mereka buntu, tidak tahu ke mana lagi harus dipanjangkan gundah di hati.