awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2024
00:15 MYT
Penerbangan khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh
Anggota Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) dikerah di kampus Univeristi Dhaka sehari selepas pertempuran dengan para pelajar. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Kumpur Terminal 2, pagi ini.
Penerbangan AirAsia, menggunakan pesawat Airbus A330, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka pada jam 9.20 (waktu tempatan) bagi membawa pulang segera rakyat Malaysia serta lebih 124 pelajar susulan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu.
Menurut laporan Bernama, sebanyak 15 petugas dari Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengikuti misi itu.
Terdahulu, Anwar berkata kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga memaklumkan akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Negara (KLN) untuk menyediakan segala bantuan yang diperlukan semasa ketibaan rakyat Malaysia dari Bangladesh, termasuk kaunseling, penginapan dan logistik.
'Saya hubungi kedutaan minta tolong' - Pelajar Malaysia
Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.
Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.
Topic Berkaitan
#pesawat khas
#rakyat Malaysia
#Bangladesh
#ketegangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan