awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia sedia sambung rangkaian rel Thailand ke Rantau Panjang - Loke
Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara - Fadillah
Virus Nipah: Singapura perketat saringan kesihatan di pintu masuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penetapan kadar tambang ECRL akan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh - Loke

Bernama
Bernama
29/01/2026
08:50 MYT
Penetapan kadar tambang ECRL akan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh - Loke
Loke (dua, kanan) meninjau kerja-kerja pembinaan stesen ECRL Kota Bharu di Bandar Baru, Tunjong hari ini. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Datuk Seri Darwis Abdul Razak (kiri). --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Penetapan kadar tambang perjalanan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Ringkasan AI
  • Kadar tambang perjalanan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditetapkan berdasarkan kajian menyeluruh oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan memerlukan kelulusan pihak berkuasa berkaitan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
  • Pembinaan ECRL sepanjang 665 kilometer mencatat kemajuan keseluruhan 90.81 peratus setakat Disember 2025, melebihi sasaran sebanyak 90 peratus dengan penyiapan 14 terowong, lebih 500 km landasan, dan lebih 12,000 tiang OCS.
  • ECRL akan menerima 11 set kereta api dalam dua minggu, dengan fasa ujian dan pentauliahan dijangka bermula Jun 2026, manakala perkhidmatan komersial dijangka bermula Januari 2027.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata kadar tambang perlu ditentukan melalui kajian terperinci dan akan diumumkan beberapa bulan sebelum operasi bermula.
"Pada masa ini, kementerian menumpukan kepada kerja-kerja pembinaan dan pemasangan bagi memastikan projek disiapkan sepenuhnya mengikut jadual. Fasa ujian serta pentauliahan merupakan aspek penting yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum penetapan kadar tambang," katanya.
Loke berkata demikian selepas melawat Feeder Station 01 dan Stesen ECRL Kota Bharu, di sini hari ini.
Pembinaan ECRL sepanjang 665 kilometer (km) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 90.81 peratus setakat Disember 2025, sekali gus mengatasi sasaran projek sebanyak 90 peratus.
Pencapaian itu disokong oleh penyiapan kerja pengorekan kesemua 14 terowong, pemasangan lebih 500 km landasan serta pemasangan lebih 12,000 tiang Overhead Catenary System (OCS) bagi bekalan aliran elektrik.
Beliau berkata pembinaan Stesen ECRL Kota Bharu mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 82.06 peratus setakat Disember 2025 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua 2026.
Pembinaan Stesen Kota Bharu di atas tanah seluas 20.94 hektar itu menampilkan reka bentuk berteraskan konsep Rumah Meleh Melayu dan Bunga Ketam Guri, selain dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk 500 petak tempat letak kereta, kawasan mengambil dan menurunkan penumpang, laluan pejalan kaki berbumbung serta kuarters pekerja serta kru kereta api.
Bekalan elektrik 132 kilovolt dari Pencawang Masuk Utama ke Feeder Station 01 telah berjaya diaktifkan lebih awal daripada jadual.
Loke berkata kementerian berpuas hati dengan kemajuan pembinaan jajaran ECRL sepanjang 43 km di Kelantan yang telah mencapai 96.67 peratus setakat Disember 2025, melibatkan pembinaan Stesen Kota Bharu di Tunjong bagi kegunaan penumpang dan Stesen Pasir Puteh di Cherang Tuli bagi tujuan penumpang serta kargo.
Berikutan itu, beliau berkata ECRL akan menerima 11 set kereta api, masing-masing mengandungi enam gerabak, dalam tempoh dua minggu, dengan kemudahan berkenaan akan diperkenalkan di Kuantan, Pahang.
Loke berkata kementerian yakin fasa ujian dan pentauliahan secara menyeluruh projek ECRL dapat dilaksanakan bermula Jun 2026 bagi memastikan sistem beroperasi dengan lancar dan selamat.
"Kementerian juga optimis jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dapat disiapkan menjelang Disember ini seperti dijadualkan, manakala perkhidmatan komersial ECRL dijangka beroperasi bermula Januari 2027," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menjadi faktor utama penentuan kadar tambang perjalanan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)? A: Penetapan kadar tambang ECRL bergantung kepada kajian menyeluruh oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan perlu diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan.
  • Q: Berapakah kemajuan pembinaan ECRL sehingga Disember 2025? A: Pembinaan ECRL sepanjang 665 kilometer mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 90.81 peratus setakat Disember 2025.
  • Q: Bilakah dijangka ECRL akan menerima 11 set kereta api? A: ECRL dijangka menerima 11 set kereta api, masing-masing mengandungi enam gerabak, dalam tempoh dua minggu, dengan kemudahan berkenaan akan diperkenalkan di Kuantan, Pahang.
  • Q: Apa yang dijadualkan sebagai tarikh bermula perkhidmatan komersial ECRL? A: Perkhidmatan komersial ECRL dijangka akan beroperasi bermula Januari 2027, mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Q: Bagaimanakah reka bentuk Stesen ECRL Kota Bharu? A: Stesen ECRL Kota Bharu menampilkan reka bentuk berteraskan konsep Rumah Meleh Melayu dan Bunga Ketam Guri, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tempat letak kereta, kawasan penumpang, laluan pejalan kaki berbumbung, serta kuarters pekerja dan kru kereta api.

Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#ECRL
#Terminal Bersepadu Gombak
#kadar tambang
#Agensi Pengangkutan Awam Darat APAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan