Prosedur pengambilan pelarian Syria dibuat melalui satu proses ketat termasuk semakan latar belakang mereka bagi memastikan golongan itu tidak menjadi ancaman serta bebanan kepada negara kemudian hari.
Pada masa sama, Malaysia juga sedang mengenalpasti kaedah terbaik menempatkan mereka termasuk menyediakan tempat penginapan yang sesuai dan peluang pekerjaan.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, keutamaan diberikan kepada imigran Syria yang mempunyai keluarga di negara ini dan boleh berdikari agar tidak membebankan kerajaan.
"Program ini akan mengambil masa tiga tahun dan kita sedang mencari cara terbaik untuk mengambil imigran Syria tanpa menimbulkan masalah keselamatan dan beban yang besar kepada kerajaan. Sebab kalau kita ambil orang yang memerlukan pertolongan sepenuhnya maka kerajaan terpaksa tanggung kos mereka di sini untuk jangka masa lama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Dalam pada itu, ditanya mengenai penempatan bagi imigran Syria, kata beliau pihaknya sedang mengenal pasti model yang sesuai bagi menampung mereka termasuk menyediakan penempatan tetap.
"Kalau mereka sudah ada keluarga di sini, keluarga tersebut akan membantu untuk menjaga mereka dalam masa terdekat. Selepas itu kita carikan tempat-tempat yang sesuai untuk mereka tinggal," katanya.
Ditanya mengenai peluang pekerjaan, kata Nur Jazlan, imigran Syria bebas mencari rezeki di negara ini asalkan mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Ada beberapa syarat kalau mereka mempunyai dokuman perjalanan sah seperti passport, kita boleh beri pas lawatan sementara dan pas pekerjaan sementara. Itu tidak ada masalah. Tetapi ada kategori tiada pas perjalanan sah, itu masalah yang perlu kita selesaikan," katanya lagi.
Ditanya mengenai ketibaan kumpulan seterusnya, kata Nur Jazlan, kerajaan tidak mahu tergesa-gesa dalam mengambil pelarian Syria berikutan ia akan dilaksanakan secara berperingkat selama tiga tahun.
"Kedatangan kumpulan pertama ini merupakan 'projek perintis' di mana kita nak tengok kesesuaian atau kelancaran model pengambilan imigran Syria ini pada masa akan datang. Jadi kalau kita berjaya tentukan model dia dengan kumpulan kecil ini, maka lebih mudah mengambil kumpulan besar pada masa akan datang," katanya.
Pada Selasa, lapan imigran Syria dari dua keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4:50 petang menerusi Turkish Airline.
Mereka adalah antara individu yang menerima perlindungan Malaysia di bawah inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lalu di sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
Pengambilan 3,000 pelarian Syria akan dilakukan secara peringkat selama tiga tahun bagi membantu meringankan krisis pelarian.
Tan Su Lin
Wed Dec 09 2015
Lapan imigran Syria dari dua keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4:50 petang Selasa menerusi Turkish Airline. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
DAP mahu guna lagu 'Setia' bawa mesej perpaduan buat Malaysia
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, lirik dalam lagu tersebut mencerminkan pembinaan negara yang bersatu padu.
'Mana Pas bila Gerakan bersuara isu modul hadis 40' - Nur Jazlan
Sikap Pas mendiamkan diri berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan 40 hadis Imam Nawawi yang dibangkitkan Gerakan menimbulkan persoalan.
PRU15: Salahuddin Ayub pertahan Pulai, Nur Jazlan tewas
Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Salahuddin Ayub kekal menjadi Ahli Parlimen Pulai selepas menang majoriti 20,989 undi.
Beberapa lagi MP UMNO mungkin tarik diri sokong PN - Tajuddin Rahman
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mengakui beliau mendengar khabar mengenai perkara itu namun tiada pengesahan mengenai identiti wakil rakyat terbabit.
Undi luar negara tidak beri kesan kepada kerusi marginal?
Walaupun calon Parlimen Pulai mengakui undi luar negara tidak memberi kesan kepada keputusan di kerusi itu kelak, ia tetap tidak mengubah kedudukan kerusi itu sebagai salah satu kerusi marginal.
AirAsia lancar sistem pengecaman wajah di lapangan terbang, FACES
AirAsia berada di landasan tepat ke arah menjadi syarikat penerbangan digital dengan pelancaran Fast Airport Clearance Experience System (FACES).
PM Najib kunjung hormat Presiden Singapura Halimah di Istana
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat kunjungan hormat terhadap Presiden Halimah Yacob di Istana Singapura.
Sampel rambut langkah efektif kesan dadah - Nur Jazlan
Penggunaan contoh rambut bagi mengesan pengambilan dadah dalam kalangan pegawai, anggota polis serta pegawai baharu bermula tahun depan dilihat sebagai langkah yang efektif.
Kerajaan pandang serius pemilikan senjata api elak kejadian tidak diingini
Kerajaan sentiasa memandang serius mengenai pemilikan senjata api terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia bagi mengelak insiden tidak diingini.