KUALA LUMPUR: Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal bagaimana media antarabangsa boleh mendapatkan maklumat mengenai status petisyen pengampunan diraja bekas Perdana Menteri itu kerana sesi Lembaga Pengampunan dikendali secara rahsia di peringkat tertinggi.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara itu dalam satu kenyataan dan merujuk kepada artikel bertajuk 'Malaysia set to decide on jailed former PM Najib's high-stakes bid for royal pardon' yang disiarkan hari ini.
Beliau berkata penulis menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat pada Disember lepas bagi membincangkan petisyen pengampunan bekas Perdana Menteri itu namun ditangguh kepada bulan ini bagi membolehkan ia bersidang semula.
"Setiap sesi Lembaga Pengampunan dikendali secara rahsia di peringkat tertinggi. Nama ahli yang hadir dan tarikh mereka bersidang juga tidak dihebahkan.
"Ahli tetap Lembaga Pengampunan ialah Yang di-Pertuan Agong, Menteri Wilayah Persekutuan (dalam kes membabitkan isu dalam Wilayah Persekutuan) dan Peguam Negara.
Muhammad Shafee berkata nama ahli biasa sentiasa dirahsiakan dan tidak pernah didedahkan dan jika Lembaga Pengampunan akan bersidang untuk mempertimbang permohonan Najib, perkara itu akan dikendali secara rahsia kerana ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Sebagai peguam Najib yang terlibat dalam petisyen pengampunan beliau, kami tidak pernah dimaklumkan mengenai langkah yang diambil oleh Lembaga Pengampunan (jika ada) berkaitan petisyen anak guam kami.
"Oleh itu, kami tertanya-tanya bagaimana agensi tertentu membuat spekulasi berkaitan berita tidak berasas ini. Kami tidak tahu siapa sumber yang tidak dinamakan itu dan penulis bergantung kepadanya untuk mendapatkan kisah sensasi yang menjadi bualan hangat orang ramai dan media lain pagi tadi," katanya.
Beliau juga berkata orang ramai sedia maklum bahawa petisyen pengampunan bagi pihak Najib telah diserahkan kepada Lembaga Pengampunan melalui Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di Putrajaya pada 1 Sept 2022.
"Selepas itu, kami menyusulinya dengan tambahan kepada petisyen itu pada 18 Okt 2022 dan pada 24 April 2023, kedua-duanya mengandungi maklumat lanjut untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong berhubung petisyen pengampunan itu.
"Sehingga hampir penghujung tahun 2023, kami tidak menerima sebarang berita atau petunjuk mengenai petisyen pengampunan itu. Anak guam kami risau tentang status petisyen pengampunan beliau dan telah mengarahkan kami untuk mengingatkan BHEUU pada 4 Dis 2023 mengenai petisyen pengampunan anak guam kami yang belum mendapat sebarang maklum balas setakat ini," katanya.
Muhammad Shafee berkata sebagai peguam Najib, mereka lebih risau mengenai kedudukan anak guam mereka memandangkan alasan tunggal pengampunan beliau ialah atas dasar tidak mendapat perbicaraan yang adil terutama dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.
Justeru, beliau mengingatkan media dan orang ramai bahawa di bawah peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kuasa Pengampunan dalam kes ini adalah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, yang bersifat mutlak.
Najib, 70, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta terhadapnya yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Shafee merujuk kepada artikel bertajuk 'Malaysia set to decide on jailed former PM Najib's high-stakes bid for royal pardon' yang disiarkan hari ini. - Gambar fail
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.