awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters

Kenyataan Media
Kenyataan Media
07/02/2024
07:00 MYT
Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters
Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebelum ini mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.- Gambar fail/Bernama
BERIKUT adalah kenyataan media oleh #RasuahBusters yang dikeluarkan hari ini:
1) Pengampunan separa dan pengurangan denda terhadap hukuman Datuk Seri Najib Razak telah mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada dunia bahawa Malaysia berkompromi dengan rasuah.
2) Rakyat mula rasa terbeban dengan implikasi pengurangan denda apabila pembayaran hutang 1MDB tetap perlu dilangsaikan sehingga 2039 sedangkan krisis ekonomi Negara belum lagi pulih sepenuhnya dan ramai masih bertarung untuk ‘survival’ pada waktu ini.
3) Ahli-ahli Parlimen adalah pemegang tonggak kuasa legislatif iaitu salah satu cabang kerajaan dan berhak memantau keadilan melalui peruntukan yang termaktub di dalam sistem perundangan.
4) Sebagai cabang yang berperanan membuat dasar dan undang-undang, ahli-ahli parlimen diberi kepercayaan oleh rakyat untuk melakukan semak dan imbang berdasarkan hak yang dibenarkan oleh perlembagaan demi mengelakkan bahaya ‘tyranny’ dan ‘despotisme’ yang boleh mencemarkan demokrasi di Negara ini.
5) Tanggungjawab ini harus terus berlangsung untuk merungkai kecelaruan dan kekecewaan rakyat pada hari ini; justeru, penjelasan yang konsisten dan jitu amat diperlukan.
6) Kuasa legislatif berfungsi untuk memperbaiki sebarang kelompongan undang-undang dengan segera agar prinsip “equality before the law” dapat diterjemahkan dengan lebih efisien demi kesejahteraan rakyat.
7) Sebagai pendukung mandat rakyat, wakil rakyat diharap bangkit dengan penuh amanah dan keprihatinan yang berpaksikan kompas moral dan etika untuk memastikan jurang ketidaksetaraan dikecilkan, perpecahan dielakkan dan kedaulatan undang-undang Negara dipertahankan habis-habisan.
8) Nilai dan tamadun peradaban keadilan hanya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat apabila kedaulatan undang-undang dijunjung tanpa gentar atau pilih kasih dengan kewibawaan dan ketegasan penentangan setiap ahli Parlimen terhadap rasuah dan kleptokrasi melalui sistem perundangan yang diteliti, digubal, dipantau dan dihormati tanpa kompromi.
#RasuahBusters #NilaiMoralKarakterBangsa #MalaysiaTanpaRasuah
Topic Berkaitan
#RasuahBusters
#pengampunan Najib
#pengampunan separa
#pengurangan denda
#lembaga pengampunan
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan