awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengampunan Najib: 'Harapan palsu lebih teruk daripada putus asa' - Nooryana

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2024
07:37 MYT
Pengampunan Najib: 'Harapan palsu lebih teruk daripada putus asa' - Nooryana
Nooryana menerusi hantaran di Instagram miliknya berkata, harapan palsu adalah lebih teruk. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa meluahkan rasa kecewa selepas Lembaga Pengampunan memutuskan hukuman terhadap bapanya hanya dikurangkan enam tahun lebih awal selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Nooryana berkata, harapan palsu adalah lebih teruk.
“Ia lebih teruk daripada berputus asa,” katanya pada Jumaat.
Sebelum ini, timbul pelbagai khabar angin termasuk spekulasi pihak tertentu mendakwa bekas Ahli Parlimen Pekan itu mendapat pengampunan dan bakal dibebaskan.
Bagaimanapun, segala teka-teki terjawab apabila Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 bersidang pada 29 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Yang di-Pertuan Agong ketika itu).
Pada 30 Januari lalu, Nooryana memuat naik hantaran dan menzahirkan kerinduan dan sentiasa menanti kepulangan bapanya.
Nooryana berkata, dia sentiasa menunggu kepulangan bapanya itu tidak kira berapa lama pun terpaksa menunggu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengampunan Najib
#Najib Razak
#lembaga pengampunan
#Yana Najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan