KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Lembaga Pengampunan telah mempunyai keputusan mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, Anwar enggan mengulas lanjut perkara berkenaan sebaliknya meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi dari Lembaga Pengampunan.

"Tunggu pengumuman. Ya, sudah ada kepastian,tunggu pengumuman," kata kepada media selepas makan tengah hari di di gerai makan Kompleks Pertama, di ibu negara pada Jumaat.

Sebelum ini, Channel News Asia (CNA) Singapura melaporkan Lembaga Pengampunan telah bersidang pada Isnin 29 Januari telah memendekkan tempoh penjara Najib daripada 12 tahun, yang dijatukhan oleh mahkamah, kepada enam tahun dan denda dikurangkan kepada RM210 juta.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa memaklumkan kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dikeluarkan minggu ini.