awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur belasah lelaki jumpa teman wanitanya

Bernama
Bernama
23/10/2016
01:54 MYT
Penganggur belasah lelaki jumpa teman wanitanya
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata. - Sumber foto www.universallawyers.com.au
Akibat cemburu, seorang penganggur membelasah seorang lelaki menggunakan senjata tajam kerana berjumpa teman wanita yang baru dikenalinya tiga bulan dalam kejadian awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mohd Nashir Ya berkata kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi di hadapan sebuah rumah di Kampung Alor Belut dekat sini, menyebabkan mangsa berusia 25 tahun itu luka di pipi dan bahagian atas mata kanannya.
"Hasil tindakan pantas polis, seorang lelaki Melayu berumur 29 tahun berasal dari Alor Setar telah ditahan awal pagi semalam dan kini ditahan reman," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa pukul
#penganggur
#senjata tajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan