awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur dicekup kes pecah rumah, curi kenderaan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
05/02/2020
05:15 MYT
Penganggur dicekup kes pecah rumah, curi kenderaan
Haris (tengah) menunjukkan antara barangan curi yang dirampas pihak polis dalam serbuah di kawasan kejiranan Beverly Hills pada Ahad lalu. Astro AWANI
Seorang penggangur dicekup polis selepas didapati terlibat dalam kes jenayah pecah rumah dan curi kenderaan sehingga menyebabkan kerugian lebih RM173,000.
Suspek berusia 23 tahun itu, yang diberkas dalam serbuan di sini Ahad lalu, dikatakan telah memecah masuk sebuah rumah di kawasan Beverly Hills ketika pemiliknya dipercayai pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina.
Ketua Polis Daerah Penampang Dep Supt Haris Ibrahim berkata, suspek turut difahamkan tinggal di kawasan kejiranan yang sama.
"Kes pecah rumah ini berlaku pada tempoh Tahun Baharu Cina yang mana pemilik rumah meninggalkan rumah selama empat hari dan masa inilah dia mengambil kesempatan.
"Suspek telah masuk dan mengambil barang-barang di dalam rumah," katanya.
Antara barangan yang dirampas pihak polis dalam serbuan di Beverly Hills Ahad lalu. Astro AWANI
Antara barangan yang dirampas pihak polis dalam serbuan di Beverly Hills Ahad lalu. Astro AWANI
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, hari ini
Menurutnya, modus operandi suspek dikenalpasti dengan memotong kunci mangga menggunakan pemotong besi.
Jelasnya, antara barangan yang dilarikan suspek adalah jam tangan, komputer riba, mata wang Amerika Syarikat bernilai RM3,000 dan kenderaan jenis Honda HRV.
Polis telah merampas semula barangan yang dicuri termasuk sebuah Honda HRV. Astro AWANI
Polis telah merampas semula barangan yang dicuri termasuk sebuah Honda HRV. Astro AWANI
Haris turut menambah, hasil soal siasat awal juga mendapati, suspek mempunyai tiga lagi rakan sejenayah yang lain dan polis sedang menggiatkan usaha memburu individu disyaki terlibat.
"Dia mempunyai rekod jenayah iaitu samun berkawan bersenjata pada tahun 2018. Dan semasa tangkapan itu, pihak kita telah rampas semula barangan-barangan itu termasuklah Honda HRV," katanya.
Tambah Haris lagi, suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#balik kampung
#Beverly Hills
#curi kenderaan
#Haris Ibrahim
#Kanun Keseksaan
#pecah rumah
#Penampang
#penganggur
#polis
#rekod jenayah
#reman
#samun berkawan bersenjata
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan