Skip to main content

Malaysia

Penganggur dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan amang seksual fizikal ke atas kanak‑kanak

PUTRAJAYA, April 27 -- A former school van driver was acquitted and discharged by the Sessions Court today on a charge of committing physical sexual assault on a eight-year, eight-month-old boy at a condominium, in 2022.  Judge Datin Kunasundary Marimuthu freed Na Li Jing at the close of the defence case, finding that the defence had raised reasonable doubt against the 34-year-old accused.  In her ruling, Kunasundary found that during the period stated in the charge, the accused had only begun renting the s
Hakim Datin M Kunasundary membuat keputusan itu terhadap tertuduh Na Li Jin, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. - Foto Bernama

PUTRAJAYA: Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak‑kanak lelaki berusia lapan tahun, yang didakwa berlaku empat tahun lalu.

Hakim Datin M Kunasundary membuat keputusan itu terhadap tertuduh Na Li Jin, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Advertisement

Li Jin, yang sebelum ini bekerja sebagai guru tuisyen dan pemandu van sekolah, didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan‑kesalahan Seksual Terhadap Kanak‑kanak 2017, atas pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual fizikal ke atas kanak‑kanak lelaki berusia lapan tahun lapan bulan ketika kejadian.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terbabit bagi tujuan seksual di sebuah rumah di Damansara Perdana, antara 7 hingga 8 Oktober 2022.

Dalam penghakimannya, Datin M Kunasundary berkata mahkamah mendapati pegawai penyiasat telah cuai dalam menjalankan siasatan, antaranya hanya merakamkan kenyataan dua orang saksi sebelum penahanan dibuat.

Beliau menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pegawai penyiasat untuk memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan lengkap, termasuk aspek penting seperti pemilikan premis tempat kesalahan didakwa berlaku.

“Selepas menilai semua keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketepatan pertuduhan. Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini melepasi keraguan munasabah, justeru tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Muhammad Amirul Mukminin Mohd Sufian berkata anak guamnya sebelum ini turut menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah akta sama, namun kes tersebut digugurkan selepas ibu mangsa menarik balik laporan.

Must Watch Video