KLANG: Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol anak kenalannya, tahun lepas.
Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Zainol Hafiz Mohamad Azmi, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Syafeera memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini, selain mengenakan perintah kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Zainol didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Sawah Sempadan, Tanjong Karang, dekat sini pada 4 pagi, 6 Feb 2022.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.
Isterinya yang berada di galeri awam dilihat menangis teresak-esak sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman itu.
Terdahulu, peguam Izzat Amir Saharudin yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan iaitu isteri dan tiga anak yang masih kecil.
"Ini adalah kesalahan kali pertama tertuduh, tertuduh kini tidak bekerja berikutan sukar mendapat pekerjaan selepas terikat dalam kes ini. Sebarang bentuk pendapatan hanya datang dari isterinya yang berniaga," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul 'Izzati Mohamad memohon hukuman berat dengan alasan ia adalah kesalahan yang serius dan berat selain kes itu melibatkan mangsa bawah umur.
"Mangsa juga mempunyai hubungan rapat dengan isteri dan anak-anak tertuduh. Sebagai orang dewasa sepatutnya menjaga dan melindungi kanak-kanak dan bukannya mengambil kesempatan ke atas mangsa yang berumur 12 tahun dengan melakukan perbuatan terkutuk," katanya.
Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 4 Sept lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Mohamad Zainol dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah merogol anak kenalannya dua tahun lalu. - Foto Bernama
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Penganggur dipenjara 15 tahun rogol anak kenalan
Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kenalannya.