awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur dipenjara lima tahun rompak telefon bimbit

Bernama
Bernama
27/05/2025
13:15 MYT
Penganggur dipenjara lima tahun rompak telefon bimbit
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah rumah menggunakan pemutar skru dan merompak dua telefon bimbit, minggu lepas.
Hakim Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Faiz Razin Kamal Farid, 40, selepas bapa dua anak itu mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah flat di Chow Kit, dekat sini pada 7 pagi, 20 Mei.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa mendapati rumahnya diumpil menggunakan pemutar skru dan tertuduh kemudiannya bertindak menutup mulut serta mencekik leher mangsa.
Mangsa cuba melawan dengan menendang tertuduh dan menjerit meminta pertolongan sebelum lelaki itu mengambil dua telefon bimbit mangsa dan melarikan diri.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Joshua Tee memohon hukuman berbentuk pengajaran bagaimanapun Faiz Razin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman dikurangkan kerana menanggung dua anak, isteri yang menghidap bipolar dan penyakit buah pinggang.
"Saya perlu duit untuk tanggung perubatan isteri dan terdesak, saya menyesal perbuatan ini, kalau ada sebatan, naikkan sebatan saya tetapi turunkan hukuman (penjara) saya.
"Saya bersumpah demi Allah dan berjanji tidak akan ulangi kesalahan ini lagi, saya menyesal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#Telefon bimbit
#penganggur
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan