awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351

Bernama
Bernama
04/12/2024
15:15 MYT
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Zulkipli berkata lelaki itu mulai terjebak selepas mengenali seorang wanita melalui aplikasi Messenger Facebook pada 27 Nov lepas. - Gambar hiasan/Bernama
SIBU: Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian dengan janji komisen yang lumayan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata lelaki itu mulai terjebak selepas mengenali seorang wanita melalui aplikasi Messenger Facebook pada 27 Nov lepas.
Beliau berkata apabila lelaki itu berminat dengan tawaran kerja yang dikemukakan, dia telah diberikan pautan Youtube dan diarah menekan butang 'Suka' serta menghantar kepada orang lain, maklumat mengenai barangan atau produk yang dijual, sebagai tugasannya.
Zulkipli berkata selepas tugasan itu selesai, lelaki berkenaan memperoleh komisen RM190, namun bagi tugasan seterusnya dia tidak lagi menerima bayaran komisen kerana dikatakan telah melakukan kesilapan, dan dikehendaki membuat pembayaran ke akaun yang diberikan oleh suspek.
"Lelaki itu telah membuat tujuh transaksi pemindahan wang berjumlah RM43,351 ke dalam dua akaun tempatan yang berlainan.
"Setelah selesai membuat pembayaran suspek mengarahkan lelaki itu membuat satu lagi pemindahan wang berjumlah RM20,894 namun dia mengatakan wang simpanan miliknya tidak mencukupi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata yang tidak bekerja itu mulai merasa curiga dan terus membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#YouTube
#sindiket
#Facebook
#wang simpanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan