awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi

Sinar Harian
Sinar Harian
05/10/2023
10:41 MYT
Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi
Muhamad Faiz Radzali, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di mahkamah. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan mencederakan seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri dalam kejadian pada 30 September lalu.
Tertuduh, Muhamad Faiz Radzali, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menikam belakang wanita berusia 31 tahun itu menggunakan sebilah gunting ketika cuba menyamun mangsa di kedai dobi tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.30 petang di Kem Sri Pantai, Seberang Takir di daerah Kuala Nerus.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh hukuman.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Riffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tikam wanita
#kedai dobi
#Kuala Terengganu
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan