awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur rugi RM174,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
13/08/2024
15:09 MYT
Penganggur rugi RM174,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penganggur mengalami kerugian lebih RM174,000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di Kuala Ketil, Baling sejak enam tahun lepas. - Foto hiasan
ALOR SETAR: Seorang penganggur mengalami kerugian lebih RM174,000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di Kuala Ketil, Baling sejak enam tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Loi Yew Lik berkata mangsa berusia 33 tahun diperkenalkan dengan skim pelaburan itu oleh seorang rakannya dan melabur sebanyak RM10,000 bermula Dis 2018.
"Pengadu telah membuat bayaran modal sebanyak 21 kali transaksi ke akaun bank sama hingga berjumlah RM174,270 dan tidak mendapat sebarang keuntungan.
"Pengadu dijanjikan mendapat keuntungan dalam tempoh masa sebulan, namun sehingga laporan polis dibuat pengadu tidak menerima sebarang pulangan dan mulai curiga serta syak dirinya ditipu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil pada 5.49 petang semalam.
Loi berkata siasatan polis mendapati pelaburan itu adalah palsu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan yang lumayan agar tidak menjadi mangsa sindiket pelaburan yang tidak wujud," katanya.
Beliau berkata semakan boleh dibuat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat pelaburan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penganggur
#kerugian
#pelaburan tidak wujud
#Kuala Ketil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan