awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur batal perhimpunan Jerusalem Jubilee- Polis

Bernama
Bernama
05/06/2017
11:48 MYT
Penganjur batal perhimpunan Jerusalem Jubilee- Polis
Beberapa NGO Melaka mengadakan perhimpunan aman bagi membantah Perhimpunan Jubli Jerusalem selepas membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh hari ini. --fotoBERNAMA
Penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.
Ketua Polis Negeri Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah memanggil pihak penganjur dan hasil perbincangan, penganjur telah membuat keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu yang dijadual di Cheng pada 15 hingga 18 Jun.
"Pihak polis telah memberikan nasihat sebaiknya kepada pihak penganjur dan kemudian penganjur membuat keputusan untuk membatalkan program tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Abd Jalil berkata berdasarkan laporan yang diterimanya sehingga kini, sebanyak 32 laporan polis telah dibuat sekitar negeri ini.
Sebelumnya, Kerajaan Negeri menerusi Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron hari ini menggesa penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee agar membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abd Jalil Hassan
#batal
#Jerusalem Jubilee
#kerajaan
#perhimpunan
#Polis Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan