awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur Himpunan Bersih dan Baju Merah belum jelaskan kos pembersihan - Rahman

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
10/03/2016
13:43 MYT
Penganjur Himpunan Bersih dan Baju Merah belum jelaskan kos pembersihan - Rahman
RAHMAN: Syarikat Alam Flora Sdn Bhd telah mengambil tindakan dengan menghantar invois tuntutan bayaran bertarikh 1 September 2015 kepada kedua-dua penganjur. - Gambar fail
Kedua-dua penganjur Himpunan Bersih dan Himpunan Baju Merah masih belum menjelaskan sepenuhnya kos kerja-kerja membersihkan kawasan perhimpunan.
Menurut Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, penganjur himpunan Bersih 2.0 belum membayar RM64,955 manakala Penganjur Himpunan Baju Merah belum membayar RM38,214.70.
"Selaras dengan itu, berdasarkan maklumat yang diterima, syarikat Alam Flora Sdn Bhd telah mengambil tindakan dengan menghantar invois tuntutan bayaran bertarikh 1 September 2015 kepada penganjur Himpunan Bersih dan 30 September 2015 kepada penganjur Himpunan Baju Merah.
"Justeru itu, sebarang tindakan susulan berkenaan tuntutan kos bayaran pembersihan kepada pihak penganjur akan dibuat oleh pihak syarikat Alam Flora Sdn Bhd memandangkan pihak konsesi tersebut mempunyai hak untuk membuat tuntutan ini dan selaku pihak yang memberi perkhidmatan," katanya dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.
Abdul Rahman berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, yang ingin tahu jika penganjur Himpunan Bersih dan Baju Merah telah membayar kos pembersihan dan jika tidak apakah tindakan yang akan diambil ke atas kedua-dua penganjur.
Himpunan Bersih 4 diadakan pada 29 dan 30 Ogos dengan anggaran 300,000 orang menyertainya manakala Himpunan Baju Merah pula diadakan pada 16 September menghimpunkan 50,000 orang walau pada awalnya dikatakan akan membabitkan 1,000,000 peserta.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Baju Merah
#Bersih 2.0
#Menteri Kesejahteraan Bandar
#Parlimen
#Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan