awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur perhimpunan haram depan Parlimen akan dipanggil - KPN

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
29/03/2018
13:28 MYT
Penganjur perhimpunan haram depan Parlimen akan dipanggil - KPN
Mohamad Fuzi berkata, akan memanggil penganjur untuk merekodkan keterangan mereka. - BERNAMA/Fail
Penganjur perhimpunan anti-persempadanan semula yang diadakan di luar bangunan Parlimen semalam akan dipanggil, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Bagaimanapun, katanya, ketika ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan memanggil penganjur untuk merekodkan keterangan mereka.
"Perhimpunan itu tak ada permit, laporan polis telah kita terima. Kita akan panggil penganjur dan ambil keterangan jika perlu," katanya selepas menghadiri Majlis Perkep di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Khamis.
Mengenai laporan persempadanan semula yang dibocorkan dalam talian minggu lepas, beliau berkata pihaknya tidak menerima laporan polis berkenaan perkara itu.
Usul persempadanan semula diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu (28 Mac) dengan 129 undi sokong dan 80 undi menentang.
Ia hanya memerlukan majoriti mudah 111 ahli undang-undang untuk diluluskan.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#KPN
#Mohamad Fuzi Harun
#perhimpunan
#persempadanan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan