awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur pesta seks bebas bakal diambil tindakan tegas - Polis Johor

Aiman Hakeem Awazmin
Aiman Hakeem Awazmin
25/05/2023
06:08 MYT
Penganjur pesta seks bebas bakal diambil tindakan tegas - Polis Johor
Menurut Kamarul Zaman, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program tidak bermoral itu. - Fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Polis Johor memberi amaran keras kepada pihak yang menganjurkan pesta seks bebas "Gang Bang JB Party” agar acara itu tidak diteruskan dan dibatalkan.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penganjuran acara seumpama itu adalah menyalahi undang-undang, dan boleh dikenakan tindakan tegas.
Beliau berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program tidak bermoral itu.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 292 (E) Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Bagi kesalahan penyebaran melalui media sosial, pihak polis akan membuat siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh selama setahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Jelasnya, pihak polis juga akan membuat pemantauan berterusan terhadap penganjuran acara-acara yang menyalahi undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kebimbangan atau menggugat ketenteraman awam.
Sejak Rabu, tular sekeping poster melalui Twitter bertajuk “Gang Bang JB Party” yang mempromosikan pesta seks bebas.
Acara tersebut yang dijangka akan diadakan pada 20 Jun itu turut mendapat tentangan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
Topic Berkaitan
#pesta seks
#Gang Bang JB Party
#polis johor
#amaran keras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan