KUALA LUMPUR: Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor 'membuka pintu' bagi penganut Hindu yang tidak sempat menunaikan nazar untuk berbuat demikian meskipun sambutan Thaipusam selesai pada hari Selasa lepas.
Bercakap kepada Bernama, Pemegang Amanah kuil itu Datuk N.Sivakumar berkata kuil melakukan segala persiapaan bagi penganut Hindu untuk membayar nazar termasuk membawa 'paal koodam' (belangga susu) 'kavadi' dan mencukur rambut sehingga 30 Jan ini.
"Ramai yang tidak dapat menunaikan nazar pada hari Thaipusam, oleh itu upacara sembahyang termasuk Kavadi, Paal Kodam dan cukur rambut dibenarkan dari 5 pagi hingga 10 malam dan kuil mungkin akan beroperasi lebih lama jika terdapat ramai penganut," katanya.
Beliau berkata semua upacara sembahyang sempena Thaipusam itu akan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan orang ramai tidak perlu mendaftar atas talian bagi sebarang upacara.
Penganut Hindu menyambut Thaipusam pada 18 Jan, dan perayaan yang disambut pada bulan 'Thai', iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil itu adalah bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.
Sempena sambutan itu, penganut Hindu akan menunaikan nazar dengan menjunjung 'paal koodam' yang dianggap paling suci dan 'kavadi' yang dihiasi cantik dengan menaiki ratusan anak tangga Batu Caves menuju kuil di dalam gua itu.
Kerajaan menetapkan beberapa SOP sambutan Thaipusam pada tahun ini bagi membendung penularan COVID-19 antaranya kavadi tidak dibenarkan, bilangan penganut yang memasuki perkarangan kuil dihadkan kepada 9,000 orang, manakala bagi upacara sembahyang sebanyak 18 sesi dengan 500 orang dibenarkan untuk setiap sesi.
Sivakumar berkata kuil yang terkenal dengan patung Dewa Murugan terbesar di dunia dengan ketinggian 42.7 meter (m) itu juga akan menempatkan sekitar 70 hingga 80 gerai yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, peralatan sembahyang, makanan dan minuman.
Beliau meminta orang ramai yang hadir menunaikan nazar agar mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.
Tinjauan Bernama di kuil itu mendapati beberapa penganut Hindu menjunjung paal koodam dan mencukur rambut, manakala para pekerja dilihat sibuk mendirikan tapak gerai dengan mematuhi SOP, namun tidak kelihatan sebarang kavadi di persekitaran kuil berkenaan.
Sebelum ini, Jawatankuasa Sri Mariamman Devasthanam Kuala Lumpur yang mengurus kuil Batu Caves membenarkan upacara membawa kavadi sejak tahun baharu sebelum melarangnya selepas Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 9 Jan mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada pihak kuil atas kegagalan pengunjung mematuhi SOP di pekarangan kuil itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor 'membuka pintu' bagi penganut Hindu yang tidak sempat menunaikan nazar untuk berbuat demikian meskipun sambutan Thaipusam selesai pada hari Selasa lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Wanita warga asing ditahan cuba ragut rantai leher pengunjung kuil Batu Caves
Wanita warga asing ditahan selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian berhampiran kuil Batu Caves, petang semalam.
Penganut Hindu boleh tunai nazar di Kuil Batu Caves sehingga 30 Jan
Kuil Sri Subramaniar Swamy 'membuka pintu' bagi penganut Hindu yang tidak sempat menunaikan nazar untuk berbuat demikian meskipun sambutan Thaipusam selesai pada hari Selasa lepas.
Lebih 1,000 sukarelawan bertugas di Kuil Batu Caves sempena Thaipusam
Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor akan menggerakkan lebih 1,000 sukarelawan bagi membantu penganut Hindu menyambut Thaipusam pada 18 Jan ini.
Syabas bekal air bersih di kuil Batu Caves
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyerahkan sumbangan bekalan air bersih menerusi lima tangki statik sebagai kemudahan di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam.