awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah eksekutif kolej didakwa ugut pegawai polis

Bernama
Bernama
19/03/2025
10:30 MYT
Pengarah eksekutif kolej didakwa ugut pegawai polis
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan tujuan hendak mendatangkan ketakutan kepadanya di Pejabat Pegawai Jenayah, Dang Wangi di sini pada 3.51 pagi, 5 Feb lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah eksekutif sebuah kolej mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut seorang pegawai polis berpangkat ASP melalui telefon, bulan lepas.
Al Farid Abdul Hajis, 40, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap ASP Mohamed Hanafiah Mohamed Nawi, dengan tujuan hendak mendatangkan ketakutan kepadanya di Pejabat Pegawai Jenayah, Dang Wangi di sini pada 3.51 pagi, 5 Feb lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, dan jika ugutan adalah untuk menyebabkan kematian atau kecederaan parah, dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.
Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili tertuduh memohon supaya jaminan dibenarkan, dengan alasan anak guamnya merupakan pengarah eksekutif sebuah kolej dan mempunyai tujuh anak.
"Mangsa dalam kes ini merupakan seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, maka tiada isu tertuduh akan mengganggu saksi dan dia juga tidak berisiko untuk melarikan diri," kata peguam itu.
Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan Al Farid diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak menghubungi mangsa dan menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengarah kolej
#ugut polis
#kes mahkamah
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan