awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah JSJ ingatkan pegawai jaga rahsia, identiti pemberi maklumat

Bernama
Bernama
09/03/2024
11:25 MYT
Pengarah JSJ ingatkan pegawai jaga rahsia, identiti pemberi maklumat
Mohd Shuhaily berkata tahap kepercayaan masyarakat terhadap PDRM perlu diperbaiki, bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat kejadian jenayah di kawasan mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengingatkan pegawai dan anggota polis, supaya memelihara kerahsiaan dan identiti melibatkan pemberi maklumat dalam sesuatu kes.
"Kurang kepekaan dalam memelihara kerahsiaan dan maklumat... (contoh yang boleh mendedahkan identiti pemberi maklumat) panggil suspek dan pengadu pada hari yang sama. Pemberi maklumat perlu dijaga.
"Saya akan bincang dengan timbalan dan ketua jabatan siasatan jenayah...mereka ini jaga perihal siasatan...saya terima dan akan baiki bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan orang awam yang hadir pada Sesi Libat Urus Jabatan Siasatan Jenayah Bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini.
Mohd Shuhaily berkata tahap kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diperbaiki, bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat kejadian jenayah di kawasan mereka.
Pada program tersebut, Mohd Shuhaily berkata sesi libat urus terbabit akan diperluaskan di negeri lain bagi mengenal pasti isu berbanding mengenai jenayah setempat.
Beliau berkata sesi tersebut membuka mata pegawai kanan termasuk ketua polis daerah, ketua jabatan siasatan jenayah dan ketua jabatan siasatan jenayah daerah, mengenai masalah yang berlaku di kawasan mereka.
"Saya hanya orang tengah kepada apa yang dihasratkan Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dengan masyarakat.
"Tampuk kepimpinan yang ada akan memberi tumpuan yang lebih terhadap masalah yang dibangkitkan," jelasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemberi maklumat
#PDRM
#kerahsiaan sumber
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan