awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di Kanowit

Bernama
Bernama
31/03/2025
00:30 MYT
Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di Kanowit
Marutin Pagan yang berusia 56 tahun meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Bulatan Kanowit/Durin, Sibu, semalam.
SIBU: Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Marutin Pagan, 56, maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Bulatan Kanowit/Durin, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, Zulkipli Suhaili yang dihubungi menerusi pesanan WhatsApp tengah malam tadi mengesahkan perkara berkenaan.
"Kemalangan melibatkan Toyota Fortuner yang dinaiki mangsa dan Proton X70 itu berlaku kira-kira 1.59 petang Ahad.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati, Toyota Fortuner yang menghala ke Sibu dari Pekan Kanowit telah dilanggar oleh Proton X70," katanya.
Zulkipli berkata, Toyota Fortuner yang dipandu oleh wanita berusia 28 tahun itu terbalik, menyebabkan Marutin tercampak sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang lelaki berusia 42 tahun yang memandu Proton X70 serta pemandu Toyota Fortuner serta empat lagi penumpang di dalam kenderaan itu cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kanowit.
Sementara itu, adik kepada mangsa yang maut, Maria Pagan menerusi perkongsian di Facebook berkata, Marutin dalam perjalanan pulang dari Machan di Kanowit menuju ke Sibu.
Sebelum menyandang jawatan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Marutin pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Bintulu, Sibu dan Kuching.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Pengarah Mahkamah Sabah
#Marutin Pagan maut
#kemalangan dua kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan