awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat pemborong diesel didakwa kemuka maklumat palsu

Bernama
Bernama
08/03/2024
09:17 MYT
Pengarah syarikat pemborong diesel didakwa kemuka maklumat palsu
Lai Yong Keong (tiga, kiri) mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mengemukakan maklumat palsu dan enggan mengemukakan dokumen diperlukan berhubung pembelian diesel pada tahun lepas. - Foto Bernama
BUTTERWORTH: Pengarah syarikat pemborong minyak diesel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan mengemukakan maklumat palsu dan enggan mengemukakan dokumen diperlukan berhubung pembelian diesel pada tahun lepas.
Lai Yong Keong membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan pertama Lai yang merupakan pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel didapati telah memberikan maklumat palsu semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan bagi sembilan invois atau resit pembelian minyak diesel.
Kesalahan itu dilakukan pada 10.30 pagi 18 Feb 2023 di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Tingkat 2, Kompleks Sempilai Jaya dan kes dikemukakan di bawah Seksyen 8(4)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta sama.
Bagi pertuduhan kedua hingga keempat dia didakwa enggan mengemukakan maklumat berkaitan dokumen iaitu penyata kewangan bank di bawah Syarikat Profusion Petroleum Sdn Bhd seperti yang diminta oleh Pegawai Bekalan menerusi borang Arahan Mengemukakan Maklumat Barang Kawalan Di Bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 17 Mac hingga 10 Mac 2023 di lokasi yang sama.
Kes dikemukakan di bawah Seksyen 8(4)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.
Sementara itu Syarikat Profusion Petroleum Sdn Bhd milik Lai turut didakwa melakukan kesalahan sama di lokasi dan masa yang sama di bawah Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961.
Lai yang mewakili syarikat itu turut mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Noor Aini.
Syarikat itu berdepan hukuman denda maksimum RM2 juta bagi setiap pertuduhan dan kesalahan kali kedua atau kesalahan berulang boleh didenda maksimum RM5 juta.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi dan Noh Alimah Mohd Sanusi manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Asri Abdul Hamid.
Mahkamah menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Lai diikat jamin RM30,000 bagi setiap kes serta syarat tambahan perlu melapor diri ke Pejabat KPDN Pulau Pinang setiap bulan dan dilarang berurusan dengan saksi-saksi pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengarah syarikat pemborong diesel
#maklumat palsu
#Lai Yong Keong
#pembelian diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan