KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebabkan kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan melecur semasa menjaganya.
Hakim Izralizam Sanusi turut memerintahkan remaja berusia 20 tahun itu dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM1,000 tanpa cagaran dan melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat selama 36 jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan telah mendedahkan kanak-kanak berumur setahun tujuh bulan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan melecur pada bahagian kaki kirinya.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Brickfields di sini pada 10 pagi, 11 April 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan kesalahan itu serius kerana mangsa adalah kanak-kanak.
Peguam Azamuddin Abd Aziz yang mewakili tertuduh memohon hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dan khidmat masyarakat dengan alasan anak guamnya telah menyesal atas perbuatannya.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap apabila pengadu iaitu ibu mangsa membuat laporan polis berikutan terdapat kesan lecur pada kaki kiri anaknya semasa mengambil kanak-kanak itu di rumah pengasuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan. - Gambar hiasan
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Bayi mangsa cuai kini trauma, takut dengan orang dewasa
Bayi yang menjadi mangsa kecuaian seorang pengasuh taska kini didakwa trauma dan sering ketakutan apabila melihat orang dewasa tidak dikenalinya.
Pengasuh didenda RM5,000 sebabkan lecur pada kaki kanak-kanak
Seorang pengasuh didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebabkan kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan melecur semasa menjaganya.