awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh ditahan disyaki cederakan bayi 10 bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2022
22:30 MYT
Pengasuh ditahan disyaki cederakan bayi 10 bulan
Polis menahan seorang pengasuh yang disyaki mencederakan bayi perempuan berusia 10 bulan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak. -Gambar hiasan
BENTONG: Polis Bentong menahan seorang wanita yang juga pengasuh kepada bayi perempuan berusia 10 bulan pada Khamis kerana disyaki mencederakan bayi terbabit di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita berusia 26 tahun ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di bandar Bentong kira-kira jam 12.30 pagi.
Menurutnya, hasil siasatan awal, suspek telah menarik telinga mangsa dan menyebabkan kecederaan ringan di telinga kiri bayi terbabit pada 8 Februari lalu.
"Mangsa dirujuk ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan susulan.
"Pusat jagaan itu juga didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 14 Februari dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Ibu bapa juga dinasihatkan supaya memastikan menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan yang memiliki kelulusan," tambahnya lagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#IPD Bentong
#pusat jagaan kanak-kanak
#bayi perempuan 10 bulan
#tarik telinga mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan