awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh mengaku tak bersalah sebabkan kecederaan pada bayi

Siti Norbaya Abidin
Siti Norbaya Abidin
28/08/2018
06:00 MYT
Pengasuh mengaku tak bersalah sebabkan kecederaan pada bayi
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. - Gambar hiasan
Seorang pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bayi lelaki berusia 10 bulan, 20 Ogos lalu.
Tertuduh, Mas Haini Mohd Zaini, 33 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Che Rohana Ismail.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Muhammad Ayden Luth Mohd Idris dengan cara mencubit bahagian dada dan perut bayi itu menggunakan tangan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di ruang tamu sebuah rumah di Taman Sri Serdang, Kepala Batas, pada jam 9.30 pagi, 20 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Aziah Hasan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.
Nor Aziah memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM6,000 ke atas tertuduh.
Che Rohana kemudiannya menetapkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan gara-gara geram bayi asuhannya yang tidak berhenti menangis, seorang pengasuh bertindak mencubit bayi berusia 10 bulan itu dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Seri Serdang, minggu lalu.
Ketika kejadian, anak lelaki wanita itu yang berusia empat tahun dipercayai turut melihat perbuatan dera ibunya itu.
Ibu mangsa bertindak membuat laporan polis selepas doktor yang membuat pemeriksaan mendapati wujud kesan penderaan terhadap bayi terbabit.
Topic Berkaitan
#cubit bayi
#kes mahkamah
#penderaan bayi
#pengasuh
#Pertuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan